Friday, February 21, 2014

Si Comel Sofea



Baby Sofea Khadeeja
Alhamdulillah.. akhirnya setelah 9 bulan.. lahirlah bayi yang diberi nama Sofea Khadeeja.. anak kepada Babu Ieda, makcik Bongsu aku dan Uncle Bujang.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sofea Khadeeja dilahirkan pada jam 1.45 pagi pada 13 Februari 2014.. Baby ni merupakan cucu yang ke-23 dlm famili besar aku (Hj Jaafar & Hjh Dg Taisah) Semoga menjadi seorang anak yang solehah ya! dan menjadi seorang Muslimah yang terbaik!

Kehadiran si comel ni mmg mengembirakan kami semua lg2 dgn adik2 sepupu aku yg masih kecil la. Bila dpt kabar berita yang kami bakal dapat adik sepupu perempuan, kami sgt happy memandangkan sepupu aku ramai lelaki. So sekarang ni dah jd 11 girls VS 12 boys.. hehehe..

Aku nak ceritakan serba sedikit tentang famili aku..

My Big BIG Famili
Gambar di atas ni diambil time kitarong berPICNIC tym Chinese New Year baru2 ni memandangkan adik aku yang tgh studi di Mesir balik Malaysia so kami ambil kesempatan cuti yang ada untuk berkumpul dan mngeratkan lg silaturahim kami.. hehe.. Tgk babu Ieda (tudung hijau) masih lagi belum bersalin.. ni seminggu before baby Sofea lahir.. sudahlah berjalan pi Tenom sehari sebelum.. ni berjalan lagi..

Sepupu sepapat aku
Not in picture: Hans, Nabila, Orked, Dell
Gambar di atas ni pula sepupu2 aku.. aku yang paling tua.. YA.. aku cucu pertama.. anak buah pertama.. kakak sepupu yang pertama.. ramai betul lelaki.. ni bukan semua ni ada lagi yang teda.. sambut CNY dgn famili lain.. gambar ni ambil tym makan besar CNY.. ni rumah makcik aku yang kahwin dgn cina so adat makan besar tu xlari la kan..

Overall, we glad to have Sofea Khadeeja to be our new member of our BIG BIG Famili.. n doakan Sofea sembuh dari penyakit kuning secepat mungkin.. td bacaan dah cecah 227.. cpt sembuh Sofea sayang!!

May Allah bless me n my famili :)

Saturday, January 11, 2014

Awak Si Tudung Labuh

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. kita masih lagi mampu untuk menghirup udara pinjaman Allah pada tahun 2014 ini.  Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Salah satu azam aku untuk tahun ini adalah untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.
Iya. Penampilan sudah seperti 'Ustazah' tpi perangai macam mana?
Adakah selari dengan kelabuhan tudung itu?

Mama sllu pesan dgn aku.. "Biar perangai tu selari dengan labuhnya tudung"
Aku akui banyak sangat perangai aku yang tak selari dengan labuhnya tudung aku.
Aku tak pakai tudung labuh bulat. Tapi aku pakai tudung yang cukup labuh untuk melabuhi dada seperti yang disyariatkan oleh Islam. So, perangai mestilah ok kan?

1) Elakkanlah post benda yang tak sepatutnya spt Cinta, Soal Hati, Lelaki dll.

Wajarkah untuk seorang Muslimah itu post benda2 sebegini ke dalam Facebook, Twitter.
Bukankah sepatutnya kita meluah dengan Allah? Ya.. soal hati.. semua org tahu.. Fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Jadi perlukah rasa cinta itu diluah melalui laman sosial? Dan agak tidak sesuai untuk seorang Muslimah meluahkan soal cinta di dalam laman sosial. Kurang enak dilihat.

2) Menjaga ikhtilat 

Ya. Aku ramai kawan lelaki. Sangat ramai. Dari sekolah lama hinggalah ke alam universiti. Pasti ada saja masa untuk melepak dengan mereka. Tapi tahun ini, cuba elak dari melepak dengan mereka. Kalau tidak dapat dielak, jaga pergaulan anda sebaik-baiknya. Jangan pula bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki. Ish3.Yang ramai2 pun mau dielak apatah lagi kalau berdua dengan lelaki. Elak seelak-elaknya.  Jangan mudah dipermainkan oleh seorang lelaki. Bila sahaja kita berdua dengan lelaki, pasti dan pasti ayat-ayat manis akan keluar. Moga dijauhkan.

Dan jangan dilupa. Bukan sahaja di alam nyata kita perlu jaga, tapi di alam maya juga. Setakat ini, belum ada lagi aku nampak sahabat-sahabat aku bermain kata di dalam facebook, twitter dll. Ermmm.. tak tau plak kalau dalam SMS. Cuma ada beberapa orang yang suka bermain-main kata dalam alam maya. Anda cakap jaga ikhtilat tapi dalam alam maya, bagaimana? Bukan ia juga mampu mengugat jiwa dan iman?

3) Menjaga Masa

Menjaga masa ini ada banyak jenis. Menepati janji. Kerja tidak bertangguh. Apa yang aku boleh lihat dengan Geng2 Tudung Labuh ni, mereka kurang menjaga masa. Betul atau tidak? Adakah anda rasa wajarkah seorang yang bertudung labuh itu tidak menjaga masanya? Tidak bukan?

Kita sebagai si pemakai tudung labuh perlu memberikan prespektif yang baik kepada mereka yang ada di sekeliling anda. Jangan sampai dicop 'orang yang tidak menjaga masa'. Jika boleh, kitalah yang sentiasa menjadi ikutan orang di dalam menjaga masa. Jangan lupa, kita juga boleh berdakwah di dalam perbuatan kita. Biar masa yang kita ada teratur dan terjaga. Buang sikap malas yang ada dalam diri kita yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang Muslimah


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Muslimah itu adalah perhiasan dunia. Yang suka ditengok dan dibelai. Namun, biarlah yang membelai kita itu menjadi halal kepada kita. Kenapa perlu risau jika jodoh belum tiba? Jodoh itu milik Allah.. bukan milik kita.. Tadahlah tangan dan berdoa kepada Allah.

Masa itu umpama pedang. Jangan biarkan diri kita, seorang Muslimah dibunuh oleh pedang tersebut. Atur masa anda supaya menjadi seorang Mukmin yang Professional.

Wassalam :)

Thursday, October 31, 2013

Pilihan Raya Kampus UMS Induk : Mahasiswa/i UMS tidak turun mengundi

Alhamdulillah.. akhirnya PRK UMS selesai jua.. debaran yang ada di dlm jiwa agak mengganggu jiwa-jiwa yang mengikuti perjalanan sepanjang PRK dijalankan.. dr beli borang hinggalah ke hari mengundi.

PRO-ASPIRASI UMS MENANG MAJORITI DENGAN 6 KERUSI UMUM MANAKALA PRO-MAHASISWA UMS MENANG 1 KERUSI UMUM.

Rasanya inilah yang akan menjadi 'Highlight' untuk malam ni, esok pagi dan seterusnya. Pro-Aspirasi masih lagi menjadi pilihan seluruh mahasiswa/i yang turun mengundi pada hari ini. Mereka masih percaya dengan pimpinan yang dikendalikan oleh Pro-Aspirasi sebelum ini.

Ini merupakan keputusan penuh PRK UMS sesi 2013/2014 (kerusi umum):

Nurafizah Ahmad Marif  (PRO-MAHASISWA) - 2150 undi
Saripuddin Mappiasi (PRO-ASPIRASI) - 1946 undi
Shelly (PRO-ASPIRASI) - 1695 undi
Wong (PRO-ASPIRASI) - 1692
Fandyi (PRO-ASPIRASI) - 1680
Nurlina Arappe (PRO-ASPIRASI) - 1573
Hazana (PRO-ASPIRASI) - 1482

Tahniah & Takziah saya ucapkan kepada pimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2013/2014 terutamanya kepada wakil Pro-Mahasiswa saudari Nurafizah dengan mendapat undian tertinggi pada PRK UMS kali ini. Moga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kami akan sentiasa berada di belakang anda.

Saya sebagai penggerak Pro-Mahasiswa sedikit pun tidak kecewa dengan keputusan ini. Mungkin Allah tangguhkan kemenangan kami kali ini disebabkan hikmah yang tersembunyi. Mungkin jika kami menang, Allah tidak redha dengan kemenangan kami. Dia mahu kami memperbaiki lagi setiap kelemahan kami sebelum menjadi pemimpin yang betul-betul dapat memimpin. InsyaAllah perjuangan Pro-Mahasiswa UMS masih jauh lagi. Tahun ini adalah tahun akhir saya. InsyaAllah jika diberikan peluang untuk turun padang tahun depan, saya akan turun memerhati sahaja.

Peratus yang turun mengundi : 33.2%

Satu persoalan yang bermain di minda saya..

ADAKAH MAHASISWA/I UMS TIDAK TAHU HARI MENGUNDI PRK JATUH PADA HARI INI IAITU 31 OKTOBER 2013??

Lihat dengan peratus pelajar yang turun mengundi adalah amat mengecewakan. Ke mana hilangnya kesedaran dalam diri MAHASISWA/I di dalam memilih pemimpin anda. Tak kisahlah anda sokong mana pihak pun tapi jalankan tanggungjawab yang wajib anda laksanakan pada hari ini. Nanti bila tiada program, tiada perubahan, tiada peningkatan, tak dapat kolej kediaman, bus tiada jangan salahkan MPP. Anda yang salah sbb anda tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya anda lakukan pada hari ini. Jangan tau nak complain.. complain dan terus complain! Anda tahu bukan MPP membawa suara mahasiswa? So, anda wajib pilih wakil anda. Untuk menyampaikan complain anda yang berderet-deret itu.

Apa yang saya lihat dalam mentaliti mahasiswa/i UMS ialah kurangnya sifat ingin tahu dalam diri. kan?
Yang anda tahu, kelas, tutorial, makan dan tidur. And pastinya akan terselit game dlm rutin harian anda. kan?

Saya hanya mengambil masa selama 5 minit untuk mengundi. Daftar mendapat pin undi tidak mengambil masa sampai seminit pun sbb meja pendaftaran disediakan dalam kuantiti yang banyak bagi menampung jumlah pelajar UMS yang banyak sesi ini. Saya hanya mengambil masa 1 minit untuk berjalan dari meja pendaftaran hinggalah ke tapak mengundi di mana banyak  komputer yang disediakan. Saya mengambil masa 2 minit untuk mengundi, memastikan apa yang saya undi itu adalah tepat. Kemudian berjalan keluar ambil kupon makanan yang tidak mengambil masa yang lama itu. Senang bukan?

Kalau iya pun sesak, percayalah cakap saya, anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengundi.
Kecewa betul dengan student UMS!! Tunjukkan yang anda hebat seperti yang diperkatakan!!

Tolonglah wahai student UMS.. peka dengan persekitaran anda!! Jangan terlalu selesa dengan apa yg anda ada pada hari ini!! 

Anda sepatutnya berterima kasih kepada calon-calon yang bertanding pada hari ini.. kerana apa?
Sebab mereka sanggup korbankan masa mereka untuk berjuang mewakili anda untuk penggal ini. Kalau anda ada masalah, mereka yang setelkan. Kalau anda nak mengadu masalah, mereka yang tadahkan telinga dengar. Kalau anda memaki, mereka yang tahankan hati mendengar. Bukan senang kerja MPP ni. Mereka sanggup pikul demi anda.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada calon-calon Pro-Mahasiswa, Pro-Aspirasi dan Bebas kerana berani tampil ke hadapan untuk mewakili beribu-ribu pelajar di UMS ini. Saya salute dengan anda semua.



Thursday, August 22, 2013

Candysocks RM8/1pc RM26/3pcs seluruh Sabah

Grab ur candysocks now!!! this is our 1st batch.. only 10 colours available
- black
- grey
- maroon
- deep pink
- pastel pink
- pastel blue
- pastel green
-pastel orange
- deep purple
- beige/skin

Postage rm6 within Sabah

1 pc - rm8 excluding postage
3 pcs - rm26 include postage

to order : SMS/WECHAT/WHATSAPP 0149500914 (ieka)



My Raya Day


aku nak kongsi apa yg aku perolehi sepanjang hari raya tahun ni.. for me.. cukupla hari raya tu untuk seminggu lebih bagus kalau kita sambut tuk sehari.. bru rasa nikmat berpuasa tu kan.. org sakan makan dan minum.. well.. balas dendam sbb xleh nak makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan.. hehe.. tahun ni Raya ktrng xseberapa.. baju raya kat atas ni pun baju tym wedding babu ieda aritu.. raya kedua just pakai jubah yg aku beli tuk event Dialog Cinta 2 April yang lalu.. then raya ke 3 aku dan familii aku.. bertolak ke Tawau.. bagi memenuhi jemputan perkahwinan ipar babu lina.. so famili aku, famili babu lina, nenek wan n nenek polis beraya di Tawau.. Tawau pernah jadi kampung aku.. yala nenek polis dulu kerja di penjara Tawau.. so kalau x pulang kg di papar kami akan pulang ke tawau.. its almost 16 years ago.. lama btul kan.. hehe.. babu2 yg lain semua jalan jgak.. raya kedua ada yg pi KL.. ada yg pi UK.. 3 minggu kat sna.. skrg ni pun blm balik lagi.. -.- my family had a great moment there in Tawau.. masakan sedap.. brg murah.. mama beli byk brg2 dapur.. penat menunggu.. haha.. 

bukan itu yang aku nak kongsi sebenarnya.. ada 2 benda yg aku sedaya upaya sematkan apa yg aku perolehi sepanjang aku balik kampung.

1) Jangan berharap masa itu berlalu dengan cepat. Nikmat segala saat yg ada sekarang..

"cepatlah masa berlalu.. aku nak kerja"

"tak sabar aku nak kerja"

"cepatlah aku abis belajar"

"cepatlah cuti" 

jgn pernah mengeluh.. sbb nnt bila kau dh kerja ke apakah.. kau akan menyesal sbb tak buat sesuatu itu dengan bersungguh2.. kalau skrg kau tgh belajar.. kau kena bersungguh2.. jgn fikir nak masa berlalu dgn cpt.. aku xpernah kerja.. tpi bila tgk ada senior2 aku yg dh kerja.. dia ckp.. best lg belajar banding kerja.. so kau kena pulun sehabis baik di masa skrg.. bila kau dh kerja.. kau xkan menyesal sbb kau dh buat sehabis baik utkk part bljr.. mcm aku skrg ni.. aku rasa nak putar balik je masa tu ke masa aku tingkatan 5.. aku nak  puluh sehabis baik tuk SPM.. mcm tu jgak di Matrikulasi.. supaya aku dpt kos aku idam2kan.. tpi sbb aku ni xsungguh2.. n biarkan masa berlalu dengan sia2.. aku dptlah subjek yg aku x minat.. n minat belajar pun ntah ke mana.. skrg ni aku kena extend sbb 1 subjek yg perlu ada minat gagal.. so aku kena terima kelemahan aku n do the best sem dpn.. ya.. sudah tiba masanya aku ni graduate tapi aku masih lg di sini.. belajar.. ada hikmah insyaAllah.. :)

2) bersyukur dengan apa yg kau ada sekarang

"ini jak yg mak masak hari ni?"

"bilalah aku nak kaya?"

"bestnya kau dpt ni.. aku ssh sgt nak dpt."

bukan nak kata aku xbersyukur ye.. tapi ada certain kwn2 aku mcm ni.. aku mcm nak ketuk2 je kepala dorng bg sedar sikit.. mak bapa kau dr dulu smpi skrg asyik hulur duit dekat kau.. supaya kau tu hidup..cukup makan cukup pakai.. mgkn apa yg dorng bg itu jela yg dorng mampu bg.. jgn asyik fikir asyik merajuk sbb kau xdpt apa yg org lain xdpt.. kau nmpk org lain lebih sikit kau dh jeles.. mulalah tu nak bandingkan org dgn kau.. setiap org ada part dia masing2.. ada sbb semua tu.. bersyukurlah dgn apa yang kau ada skrg.. seriusly kau akan bahagia.. biarpun kau xda duit xda gadget mahal2 pun tpi bila kau bersyukur semua tu cukup utk kau.. aku bukan main ckp.. ni aku nampak dpn mata aku sndri.. 


kadang2 hidup ni bila kita dh rasa bila kita dh tempuhi bru kita sedar kan? betullah kata org pengalaman itu mengajar diri kita sebenarnya.. bersyukurlah jika Allah memberikan kesempatan utk kita sedar. :)

#PrayForEgpytSyriaPalestin

Wednesday, August 21, 2013

Syukur Alhamdulillah.. cadangan PTPTN disenaraikan dlm CCRIS tidak diteruskan..


Syukur Alhamdulillah.. kalau betul apa yg dikatakan oleh KJ ni benar dan cadangan PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS.. amatlah berbahagia orang2 yg meminjam PTPTN.. aku pun tumpang gembira gak.. seriusly td pg aku sgt2 panik smpi aku soh kwn2 aku pi kol pegawai bertanggungjawab PTPTN..

aku pun heran sbnrnya kenapa kerajaan boleh ada fikiran nak cadangkan perkara mcm ni.. dahla xnak bg pendidikan percuma.. tmbh lg dgn bunga yg sedia ada.. betul2 cekik darah.. mentang2 dia cuma pilihan yg orang ramai ada.. majoriti yg meminjam adalah dr golongan yang tidak berkemampuan.. bukan meringankan beban namanya.. itu menambahkan beban kepada mereka..

pemimpin harus sedar yg pelajar masa kini adalah antara peneraju ekonomi yang amat besar kepada negara di masa akan dtg.. kau bg pendidikan percuma kepada 100,00 pelajar every year.. n dlm masa 10 tahun akan dtg kau akan dpt pulangan yang hebat.. it is just y two cents.. nak cakap negara kita ni xda duit.. tk jgak.. x jgak kaya.. tapi dgn ada  PETRONAS.. hasil bumi di Sabah n Sarawak.. kat Semnnjng.. pelancongan.. n tentu sekali cukai yg kita bayar.. cukai jalan, cukai kereta, cukai pintu..mcm2 jenis cukai ada.. takkanlah xboleh dpt pndidikan percuma..?? kan??

kadang2 kerajaan ni lupa.. yg generasi sekarang dh celik.. dh pandai menilai.. generasi bijak pandai.. generasi Y la katakan.. semua ada di jari kami skrg.. kau xboleh treat rakyat mcm kau treat rakyat 20 or 30 tahun yang lalu.. xboleh.. even kau tgk kawan kau ni nampak warak tpi di kepala byk input.. byk benda yg dia boleh debatkan sbb.. maklumat di hujung jari.. kau cari n kau dpt.. kau nilai n kau kritik.. ya.. itulah realiti generasi skrg..

#PrayForEgyptSyriaPalestin

PTPTN msuk CCRIS??

memang tengah panas isu ni sekarang.. walaupun aku ni bukan peminjam PTPTN.. but kawan2 aku ramai yg amik bendalah ni.. mgkn bg mereka PTPTN ni perlu utk meneruskan pelajaran.. 
tapi org lupa pendidikan ini sebenarnya hak asasi kita sebagai rakyat n pemimpin sepatutnya bg FREE je kalau nak study.. ye dok?? jgn nak kata aku ni penyokong tegar PR ye.. tpi itu memang tanggungjawab pemimpin.. 

berbalik kepada topik kita..
kenapa perlu PTPTN ni disenaraikan di dalam CCRIS?
jgn dulu panik.. sebenarnya kerajaan ingin menyenaraihitamkan peminjam yg ingkar sahaja.. bukan semua ye.. yang ingkar sahaja.. yala kalau dh pinjam tu bayarlah balik.. tym studi dulu kemain lg kau berbelanja sakan sampai x ingat duit itu duit pinjam.. orang kasi pinjam nak kau makan.. beli buku tuk bljr.. bukan berjoli beli belah.. beli gadget mahal apa segala.. 

CCRIS atau lebih dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dengan kerjasama Bank Negara akan menyenaraihitam peminjam ingkar. So, kalau kau nak apply loan tuk rumah, kereta, dll mmg kena BLACKLIST terus.. tpi kalau kau ni dengar cakap patuh dengan PTPTN kau bayar bersih every month insyaAllah segala loan kau akan diluluskan. aku dgr rmi kwn2 aku dh start dpt surat cinta dr PTPTN.. yaka? n rmi lg yg belum dpt kerja tetap.. so aku sarankan korng kol pegawai PTPTN korang n bincang sal jadual pembayaran korang.. please.. jgn tangguh2.. kalau bendalah ni jadi seriusly korang akan sengsara.. 

bagi aku perkara mcm ni ada PRO and CONS dia.. rmi yg pinjam PTPTN ni adalah dr kalangan org yg kurang mampu dr segi duit..  so PTPTN ni amatdiperlukan oleh mereka.. ya aku phm tak semua ibu bapa ada kemampuan nak byr yuran pengajian.. dgn CCRIS yg akan ada ni akan menyukarkan lg mereka2 yg x mampu nk byr balik.. org dh susah kau nak susahkan lg ke PTPTN????

anak2 yg ada mak bapa yang sanggup nak bayarkan yuran tu jgnlah memajalkan tangan anda tuk memohon juga ye.. dr apa yg aku nmpk skrg ni.. mostly cakap xnak susahkan mak bapa.. tiap2 bulan xnak minta duit dgn mak bapa tpi once kau dapat duit PTPTN tu kau berbelanja sakan.. smpi pertengahan sem kau dh pokai.. and last2 kau minta jgak duit mak bapa kau.. dh abis bljr tu.. dpt surat cinta kau suh jgak mak bapa kau tlng bayarkan.. kalau kau nk bayar balik xpala.. kau x kesian langsung ke kat mak bapa kau tlng byrkan.. sampai ke sudah tetap jgak kau susahkan mak bapa kau.. tolong fikir n bincang bebaik dgn mak bapa kau sal PTPTN ni.. ni bukan perkara memain ni.. ni duit ni.. kau ingat sng ke nak cri duit??
lagi satu kalau dh memandai nak pinjam duit.. kau pandailah jgak bayar balik.. jgn nak bising..

aku dah lama nampak PTPTN ni walaupun bagus utk masa sekarang tapi ia adalah malapetaka utk masa akan datang.. kau kena bg pinjam 20k kau bayar 26k..(contoh) gila byk bunga dia.. katanya utk pegawai yang uruskan bendalah ni.. kononnya.. kira mcm student yang pinjam tu bayar gaji kat pegawai2 tu la.. bukan septtnya free ka?? i dunno............ 

terus terang aku ni ditanggung sepenuhnya oleh BAPA AKU.. bukan aku ni anak orang kaya tpi bapa aku nekad juga nak bayarkan yuran2 pengajian n semua perbelanjaan aku.. termasuklah adik2 aku yg kat mesir n UiTM skrg ni.. biarpun smpi dia xmampu nak belikan seluar dalam utk diri dia sendri..(serius ni bapa aku cakap) sebab dia ckp PTPTN tu tipu.. dia xnak anak2 dia susah bila abis belajar.. keluar2 dr U.. PAP!! senarai hutang kau yang berlambak.. senanglah kau bayar kalau kau dpt kerja.. kalau kau susah nak cri kerja mcm mana?? dgn situasi sekarang yg susah sgt nak cri kerja yg sesuai dengan kelulusan kau.. tapi aku doakan semua kawan2 aku dpt kerja.. harap sangat2!! kesian aku tgk dgn orang yg pinjam PTPTN.. huhu.. 


ni hanya pendapat dr aku.. kalau korng ada pendapat lain.. let me be that way.. HAHA

#PrayForEgyptSyriaPalestin