Thursday, July 28, 2011

.:: Merindui Kalian ::.

Assalamualaikum wbt..:)
Alhamdulillah Allah masih mengizinkan diri mencoret lg..
gelap menyelimuti bumi di luar..
haihhhh..Ana merindui mereka..
Mereka yg sma2 dlm perjuangan mencri keredhaan Allah di muka bumi ini..

Td dgr lagu di Cahaya FM
lagu sahabat sejati membuatkan ana sebak..
lagu itu salah satu lagu yg dimainkan tika ana melangkah keluar dr KML..
or lebih spesifik lg meninggalkan sahabat2 di Al-Irfaan..
mcm2 ana blaja di sna..
memekarkan ukhuwah yg smmgnya sudah manis..

Ya Allah ana merindui mereka..moga mereka selamat dlm lindunganMu ya Allah..

May Allah bless..


Tuesday, July 26, 2011

.:: Alasan Wanita Yg ENGGAN Menutup Aurat ::.,

Assalamualaikum wbt..
Agak lama ana menyepi kan..?
xtaula napa ana kurang rajin nak upload blog ana..>.<

td ana ada terbaca 1 artikel yg menarik di group FB..so ana kongsi dgn antum suma..:)

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Ana copy paste dr group FB ana..:)
moga ada manfaat tuk kita suma..
may Allah bless..

Sunday, July 17, 2011

.:: Salam Nisfu Syaaban ::.

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Allah masih mengizinkan diri ini melakar coretan di dlm alam maya ini..
Arini korng posa x..?
Alhamdulillah..jgn lepaskan peluang amalan2 sebegini..

Nisfu Syaaban..malam yg penuh berkat dimna amalan kita akan diangkat dan akan digantikan dgn buku yg baru..moga amalan kita ini bermula dgn kebaikan..
solat sunat..puasa..baca alQuran..
smlm ana tidur awal..supaya pg ne fresh nak wat amal ibadah..
ada plak msj msukkan..
Alhamdulillah masih ada shbt yg ingtkn kita meskipun tym cuti2 ne kan..?
moga page pertama buku amalan kita arini ne dicatat oleh malaikat Raqib..harap2 Atid x catat apa2 lg ya..?

Saiditina Aisyah meriwayatkan Nabi tidak tidur pada mlm nisfu syaaban tu..malah baginda solat dr mlm hingga ke subuh itu..
" Rasulullah SAW telah bgn pd mlm nisfu Syaaban dan bersolat dan bersujud begitu lama sehingga aku ingat baginda telah wafat.Lalu, aku mencuit kaki Baginda dan ia bergerak. Dan aku dengar baginda berdoa dlm sujudnya..'Ya Allah aku pohon kepadaMu kemaafan yg bakal diturunkan dan aku pohon keredhaanMu drpd kemurkaanMu dan aku berlindung kepadMu. Aku tidak dapat menghitung pujian kepadaMu spt kamu memuji diriMu sndri..'
Selesai bersolat, Rasulullah SAW berkata kepada isterinya Aisyah..'Malam ini adalah malam nisfu Syaaban.Dimana Allah dtg kepada hambaNya dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat kepada yg memberi rahmat (amal makhruf nahi mungkar) dan melambatkan rahmat kepada org2 yg dengki'."

(HR Imam Baihaqi)

So masih tidak terlambat lg untuk memperbanyakkan amal ibadah kita..
selagi ajal belum tiba masih tidak terlmbat lg..
agar bekalan kita utk ke alam sebelah sna ada..
nak tngu apa lg..?
buku amalan dah bru..perbanyakkan amal..dan biar Raqib tekun mencatit amalan kita..InsyaAllah..
buku amalan yg lalu biar ia dijadikan sbgai renungan kita tuk di masa akan dtg..
biar buku tahun ne dan buku2 yg akan dtg akan diperindahkan dgn amalan2 kita..
kelak kita juga yg untung kan..
buat baik tuk kita jgak..n buat jahat pun tuk kita jgak..
semuanya akan berbalik dgn kita kan..?

tak lama lg Ramadhan akan berkunjung dlm hidup kita..
haihhh x sbr rasanya..
bukan sbb manisnya kurma itu..x..manisnya amalan ketika itu..
puasa..bukan takat puasa dr mkn jak..puasa dr segala kejahatan..
solat terawih..yg hanya dpt dibuat sebulan dlm setahun..
lailatul Qadar..malam yg paling mulia antara semua malam..
alQuran..haaa..mesti khatam tahun ne..mesti!!
berbuat baik..masyaAllah!! bulan ne berlipat ganda pahala kita jika kita berbuat baik..
zakat..hee..bukan ana yg kasi setel..bapa yg setelkan..

lagi bermakna lg..bila seluruh keluarga mengimarahkan lg bulan Ramadhan nnt.
Alhamdulillah jga..arini famili ana berpuasa..even bapa n 2 org adik ana tu dlm musafir tpi mereka ttap berpuasa..hehe..nnt buka puasa sama2 gak..:)

May Allah bless..:)
:: A Journey to Ramadhan ::


Thursday, July 14, 2011

.:: PLKN ::.

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..masih dpt menunaikan Subuh dgn tenang..
Adik n mama bru jak kuar..
Adik sorng lg masih lg berdengkur..penat agaknya..
Bapa lum balik dr keja..7.30 nnt bru balik..
Beginilah rutin ari ana..pg ne sementara menunggu mesin basuh menjlnkan tnggunjwbnya ana membuka FB..
well..rsult PLKN bru jak kuar..
adik ana dapat..
kompom la dpt tmpt ana dulu..
Kem Wawasan, Kg Ovai, Papar, Sabah..:)

Bila ckp sal PLKN..trus ana teringt dgn shbt2 tym tu..
1 dorm..1 kompeni..1 kelas..
mcm2 gelagat..mcm2 ragam..
di sanalah ana belajar erti kehidupan sbgai seorang Islam..
di sna ana diuji..
dptkah ilmu agama yg dipelajari selama 5 tahun di skola agama dpt dipraktikkan..?
dptkah prinsip yg ana pgg selama di skola dulu dipertahankan..?
hurmmm malas ana nak ceta sbnrnya..
xpa..ana cetakan..sbb tuk peringatan bersama..:)

tahun 2008..ana dipanggil untuk mnjlnkan latikan PLKN..
siri 6/2009 kump 1..
bila dpt..? rasa cm xnak..cm nak..
ramai shbt2 yg dpt..tapi rmi yg dpt kat semenanjung..
ana dgn sorng lg shbt dpt kat Papar..

Allah Maha Mengetahui..Dialah sebaik2 perancang..

sungguh ana janggal berada dlm kelompok itu..
ana diam shj..senyum dan angguk..
sehinggalah ana ditempatkan di dorm 28..DELTA..
ada dpt 5 kenalan bru..
Arnie.Jade.Ninie.Adrina N Jia..
Di kem ne kami 1 dorm ada 6 org..xcm kem lain..ada dorm pnjng..
kami ne cm chalet..cantik..:)

dgn dorngla ana pi mkn..masjid..buat lawak..
memories dat will never fade from my mind..
di sini kena pandai cri kawan..
kita bru jak knl kan..
ada yg after beberapa minggu nampak dh belangnya..
smpi ana pun naik pening..
mcm2 jak kita bleh dgr..itulah inilah..
kes jeles..kes tarik perhatian..
so u need to adapt it..
serius ana xpenah cm tu kat skola..jrng sekali nak dgr org ada mslh dgn kwn..
ya...mmg ada..tapi di kem tu mmg berbeza..

mcm2 ana lalui sepanjng program tu..
kelas Pembinaan Karakter, Kenegaraan..dll..
nnt sapa yg ikut PLKN tu akan rasa jgak cm na..
aktiviti lasak pun ada..
kayak..flying fox..tali rndah..kem Wirajaya..
best apa tu..?

haa..ada 1 ana xsuka..
masukkan tudung ke dlm baju..erk..???
mmg x biasa..laen rasanya..
weirdo..=='

di situ, ana belajar tuk menghormati agama org lain memandangkan ana ne dulu skola agama..waqi' pun Islamik..
bila kita ne hormat agama dorng..insyaAllah dorng akan hormat agama kita..
N kelas agama tiap ari khamis n jumaat..
yg Muslim pi surau yg Non muslim pi tmpt laen..
di sini ana bljr jga agama laen..
dima christian itu ada byk..
Catholic.GYB.SIB.RC.
jgn kita ne org Islam xnak amik tau benda ne..
penting tuk dakwah kita sbnrnya..
knowing about them is basic in dakwah..
tapi ana ada kurang xsuka dgn kelas ne..
cm xda penghayatan..xtau apa pendekatan yg dorng nak wat..
xda 1 matlamat pun dorng nak tuk kami pelatih PLKN..
juz wat aktiviti but xda kesinambungan n kesannya di situ..
(owhya!! ana x terpilih jd ahli surau..sedih..)
even xjd ajk surau pun ana ttp tonjolkan diri..
apa guna ilmu yg dipelajari selama di skola kan..?
gunakan dgn sebaiknya ilmu n bakat yg ada..
syg kalo xgunakan..

N BENDA YG PALING NYESAL SMPI SKRG..!!

KTB..Kontrak Tiga Bulan..
masuk jak PLKN org heboh sal ne..
n ana yakin ana x akan terlibat dgn bnda tu..yakin sgt3..
tapi ana silap..
ana leka..ana lupa..
ana diuji dgn kata2 ana..
(tarik nafas..payah sbnrnya bila ungkit kisah lama yg pedih)
'C' bukan nama sbnrnya..ada kenal semasa 1 kump dlm kelas PK..
mls nak ingt cm na kmi knl..
dya mnta num ana..ana bg..
n then..contact la tiap2 ujung mggu memandangkan HP bleh dpt ujung mggu jak..
terus terang ana katakan..
ana lupa tym tu..
xda shbt yg nak ingtkan spt tym skola dulu..

I ON MY OWN..
no one there to tell me that
"IEKA..U HAD DONE SOMETHING WRONG!!!"
ana dibuai rasa cinta..pertama kali..
lg dahsyat bila 'C' itu bukan beragama Islam..
(tarik nafas lagi..)

tapi ALHAMDULILLAH..
Allah masih syg diri ini..
setelah selesai menjalani latihan..ana sedar apa yg ana lakukan..
n lepas itu kami tiada apa-apa..
fuuuuhhhhh..
Di PLKN ne mengajar ana byk sgtttt..
Alhamdulillah..peringatan dr Allah itu masih ana semat sehingga kini..

well bg adik2 yg bakal menjalani PLKN..
PLKN ne ok..asal adik pandai jaga diri..
pandai jaga Islam dlm diri adik..
Tym ne la adik dpt aplikasi apa yg adik pelajari selama ini..
Jgn takut..face it ok..

when u lost..seek for Allah..insyaAllah He will be there for u..

jgn pernah gentar untuk lalui bnda ini..
may Allah bless..:)




Tuesday, July 12, 2011

.:: Rahsia Solat ::.

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah Allah masih lg mengizinkan kita bernafas dgn oksigen pinjamanNya..
Perjuangan kita di bumi Allah ini masih jauh lg..

Arini ana nak wat sikit perkongsian dgn semua..
Setiap kejadian,suruhan Allah pasti ada hikmah yg terselit disebaliknya..:)

OK..
Arini ana nak sentuh mengenai rahsia solat..
SOLAT 5 waktu..panggilan 5 kali dr kekasih kita..

1 - Niat Sembahyang : Memelihara taubat kita di dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, meluaskan tempat kita berdiri di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

p/s : 13 rukun solat juga adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13thGhost"

Kalo kita lihat sebenarnya solat inilah yg akan menjaga kita tika di kubur kelak..menjaga kita ketika disoal ketika di Padang Mahsyar..kerana mereka inilah saksi amal ibadah kita..

kenapa masih ada yg tidak menunaikan solat sdngkan nikmat yg Allah berikan sudah cukup..?

kenapa masih ada yg tidak menunaikan solat sdngkan umur sudah lanjut..?

kenapa masih ada yg tidak menunaikan solat sdngkan dia tahu Allah..?

kenapa masih ada yg tidak menunaikan sdngkan dia tau ada SYURGA dan NERAKA..?

Nikmat Allah yg mana yg kamu dustai..??

sungguh, ramai pemuda yg lupa sebenarnya masa muda inilah sesuai tuk melakukan ibadah..berjuang di jln Allah..

bersama2 kita berdoa agar Umat Islam seluruh dunia sedar kembali..

may Allah bless :)

credits to : kak najwa..

(http://asecretmurmurlight.blogspot.com/2010/12/ada-rahsia-di-sebaliknya.html?showComment=1310451029915#c1889459595615134869)






Sunday, July 10, 2011

.:: BERSIH? ::.


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..masih ada kudrat tuk ana mencoret lagi..
Oke..kelmarin dh berlakunya perhimpunan BERSIH..
ana mengikuti jgak perkembangan perhimpunan tu kelmarin..
As a citizen of Malaysia, we shud be concern about our nation..
Jgn nak ckp..
'Ah..aku masih student lg xperlula aku amik tau'
'alah..politik kotor jak tu'
'Ko student xperlula ko amik tau'
Silap kat situ sbnrnya..
Kita dlm negara demokrasi ne semua rakyat perlu amik tau sbb rakyat yg mencorak pimpinan negara ini sbnrnya..
tgn rakyat yg menjlnkan tugas tuk pimpinan negara ini..
walaupun kita student..
xsalah kan bila student ingin tau isu semasa negaranya kan..?
bknnya kita masuk terjerumus dlm politik..
ada beza kan antara memerhati dan terlibat..

berdasarkan pemerhatian ana kelmarin..

1) kebanyakkan yg mengikuti itu adalah melayu..
OFKOS la MELAYU rmi..sbb MELAYU adalah golongan majoriti dlm negara ini..
dan ada juga kaum India n kaum Cina yg mengikuti..

2) kenapa pihak polis bertindak membaling bom pemedih mata sedangkan mereka yg terlibat dgn perhimpunan itu tidak melakukan sebarang kekcohan..hanya bergerak dlm kumpulan dan melaungkan "Hidup...hidup...HIDUP RAKYAT!!"?
sedangkan di UK ketika org ramai melakukan perhimpunan "BEBAS PALESTIN" tidak mengalami kepayahan..malah pihak polis memastikan keselamatan mereka yg mengikuti perhimpunan itu..bukan UK bersekongkol dgn Yahudi ka..?
kenapa nak buat begitu kepada rakyat sedangkan mereka berhimpun untuk menuntut hak mereka..

3) rmi bdk2 IPT mengikuti perhimpunan itu..
hurmmm..mereka juga merupakan salah seorang rakyat Malaysia yg sama2 mengundi..
lgpun dorng bukannya terlibat dgn politik..hanya perhimpunan dimana perhimpunan itu adalah untuk menuntut hak rakyat sbgai rakyat..
mereka pun mengundi jgak..xphmla kenapa kerajaan xbnarkan pelajar terlibat..
apa salahnya buat peraturan 'jgn adakan demostrasi di IPT' dan apa yg ptut dah cukup..bila di luar hak pelajar tuk jlnkan tnggungjawab sbagai rakyat plak..
FREEDOM kan..?

4) DR.S.AMBIGA..?
beliau merupakan pengerusi untuk perhimpunan bersih kali ne dan beliau juga merupakan peguam LINA JOY(taukan sal dya..?)
org ckp dya ne anti-Islam..
rmi yg ckp 'buat apa nak ikut kafir tu..?'
hurmmm xsalah tuk mengikuti org non-muslim..
bila didlm sebuah organisasi xslh tuk jadikan seorg non-muslim dijadikan ketua..
asalkan niat n tujuan dya tu baik..
tapi bila ia melibat organisasi pentadbiran rakyat,politik,kampus..
kita sbgai rakyat perlu memilih seorang Islam..
sbb bila kita ingin menjlnkan syariat Islam pasti ketua non-muslim itu tidak berstuju untuk mnjlnkannya..

ini cuma pendapat dr pemerhatian ana..
hak ana juga sbagai seorang rakyat sbb nnt pun ana akan mengundi jgak..
Allah berikan kita akal untuk berfikir..
Allah berikan mata untuk melihat..
Allah berikan mulut untuk bercakap..
Allah berikan telinga untuk mendgr..

Yg lebih penting Allah berikan ini semua tuk kita memilih yg mana benar yg mana salah..
Apa2pun..perancangan Allah lebih baik krna Dia MAHA MENGETAHUI..
May Allah bless..:)

p/s : kalo ada salah n silap tegur erk..ana bdk baru belajar..





Thursday, July 7, 2011

.:: Israk Mikraj ::.

Assalamualaikum wbt..:)
Alhamdulillah..Allah masih mengizinkan ana becoleteh berkongsi ilmu di alam maya ini..
Td Maghrib ana diajak oleh bapa ana dgr ceramah Israk Mikraj di KML..
wahh bertandang kembali ke KML..rindu dibuai sekali lg..
Ana rindu dgn mereka shbt2 seperjuangan di KML dl..

Lama dh berlalu Israk Mikraj ne..
tapi masih byk tempat yg mengadakan ceramah n program berkaitan Israk Mikraj ne..
Alhamdulillah umat Islam masih ada inisiatif tuk wat program2 spt ini..:)

Kali ini penceramah dtg jauh dr Egypt..
Ustaz Imran Hosein..:)
td tym bapa ajak tu ingtkan org melayu sekali.......hehe..
english ana kurang mahir sikit..so dpt amik yg bleh difahamila..
n bapa pun ada ceta balik tym dlm keta td..

Israk Mikraj..satu peristiwa dimana Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit..
satu perjalanan yg amat sukar di terima akal manusia..
SUBHANALLAH!!
disbbkan peristiwa itulah rmi umat Islam waktu itu murtad.
kecuali mereka yg benar2 beriman dgn Allah..

Masa inilah Rasulullah mendpt perintah untuk melaksanakan solat lima waktu..
Subuh..Zohor..Asar..Maghrib dan Isyak..
Lima shj..tapi x suma umat Islam ne dpt melaksanakannya..
Almaklumlah perkara yg paling ringan skali di dlm dunia ini..

Byk sgt yg bleh kita pelajari dan hayati dgn peristiwa Israk Mikraj ne..
Bkn hanya tiap kali 27 rejab jak..kalo bleh hayati setiap kali kita rasa diri ini spt mahu putus asa..

Rmi yg murtad setelah peristiwa Israk Mikraj ini berlaku..
Then Ustaz Imran sentuh mengenai umat akhir zaman..umat dimana Allah nyatakan..
umat sebaik2 umat..
Alhamdulillah..:)
Makin terasa kiamat itu hampir kan..?
Maksiat berleluasa..
kerosakan berlaku tiap2 ari..
lelaki berpakaian spt wanita..wanita spt lelaki..

Ustaz Imran tekan kan.. : why women cannot dress like a men..?
because women are attractive..when she dress like a men..then she will less attractive..
lucu plak bila ustaz cerita sal pengalamannya di KK..
dya jmpa perempuan yg berpakaian soldier..
terasa di situ..byk kot ana pakai cm tu..BOMBA..SILAT..PLKN..msuk matrik dh jd ayu balik..hee..tapi xpa..xda dh pakai cm tu..

haa..ne part ana suka..
he said.. : for sure..Ikhwanul Muslimin will win..
Anda tahukan krisis yg melanda di Mesir..?
ustaz Imran dgn yakin menyatakan spt tu..
kenapa erk Ustaz ceta ne dlm ceramah Israk Mikraj..?
sbb...
kesannya akan hampir sama spt Israk Mikraj ne..

bila Ikhwanul Muslimin dh memerintah Mesir..PASTI..syariat Islam akan ditegakkan..
bila SATU DUNIA lihat Mesir spt itu..PASTI akan byk negara yg mengikuti..
haaa..pastu mulalah ada yg xpuas ati dgn sistem Islam..

"Apa plak hukum hudud ne?menyeksa ne bukan menghukumm.."
"eh..kenapa plak budak 9 tahun bleh kawen..?masih muda bha tu.."
"ehh salahkah seorang remaja bersuka ria..salah?!!!!"

dan pada masa itu akan ramailah umat manusia keluar dr Islam..
buat fahaman bru..buat agama bru..
TAPI..
masa itulah Islam akan kuat..Islam akan gah sekali lg di dunia ini..
walaupun sedikit umat Islam ketika itu tapi semangat FISABILILLAH tetap kuat..
sehinggalah kemunculan Imam Mahdi..
sekali lg umat Islam diuji dgn kemunculan Dajjal..
umat manusia akan ditapis sehingga tinggal mereka yg beriman betul2 kepada Allah..
haa..tau kan jgak cerita mereka akan berperang dgn konco2 Dajjal kelak..

"Islam itu bermula dgn dagang (asing) dan akan berakhir juga dgn dagang..maka beruntunglah bg mereka yg tergolong dalam golongan dagang itu.."

fuuu..moga Allah meletakkan kita dlm golongan asing itu..
remaja skrg ne amik remeh dgn masa dorng..
what for did Allah make us in this world guys..?
what for..?
enjoy..????
lepaking..??
clubbing..??

tepuk dada tanya iman..:)

tipula kalo ana ckp ana xpenah enjoy..xpenah lepak dgn kwn2 smpi mlm..
tipula..
tapi clubbing tu xpenah..kang ada kena sebijik penampar dr bapa ana..
jauh2..


nmpknya itu shj yg input yg ana dpt dr ceramah tu..
suma org dh tau jgak kan bagaimana peristiwa Israk Mikraj tu..
sekian..

May Allah bless..










Monday, July 4, 2011

.:: Alim VS Abid ::.


Assalamualaikum wbt..:)
Alhamdulillah Allah masih mengizinkan ana mencoret skali lagi dlm diari elektronik ne..
Mggu lepas ana balik ke kampung halaman sbb nak hantar nenek Wan & nenek Polis berangkat ke tanah suci Makkah..
Alhamdulillah stlh mama n babah berkunjung sna kini giliran nenek pula ke sana..
td mama crita nenek Polis kol n memberitahu yg nenek bru selesai cium Hajaratul Aswad.
sebak nenek tym kol tu..
bilalah giliran ana agaknya..?
moga dipermudahkan rezeki ana ke tanah suci itu..

Kali ne ana tertarik nak buat entri Alim Vs Abid..
sbb dlm perjlnn ke kg tmpoh ari..babah ada bercerita mengenai bezanya seorang Alim n seorang Abid.

Rasulullah SAW bersabda "Syaitan lebih takut seorang Alim dr 1000 org Abid"
(HR Tirmizi)

MasyaAllah..!!

kita pun selalu dgr cerita-cerita yg berkaitan mengenai entri ana ne..
ana ingt suatu ketika dl ana dengar cerita mengenai seorang Abid n Alim yg dipanggil oleh Raja mereka untuk membezakan golongan mereka ini.

Ana lupa mengenai ceta tu..so ana crila di internet..
Alhamdulillah ketemu jgak..:)

Nak tahu..klik link di bawah ini..

...............................................................................................


bleh nampak perbezaannya kan..?
dgn ilmu yg ada di dalam diri kita ne sepatutnya digunakan tuk berfikir dgn baik..
jika seorang Abid..dya hanya tahu beribadah kepada Allah..hanya tau apa yg terkandung di dlm Quran tapi..x mendalami maksud ayat Quran tersebut..
berbeza dgn seorang yg Alim..
dgn ilmu yg ada itu seorang Alim dpt mentadbir sebuah negara dgn baik..
dpt memimpin org bawahan dgn baik..
dpt membuat keputusan yg betul dgn baik..
segala yg dilakukan oleh seorang Alim ini insyaAllah semuanya berpaksikan ajaran Islam yg sebenarnya..
contohnya..Rasulullah SAW sendiri..
Lihat bagaimana baginda mentadbir dan menguruskan negara..
bagaimana baginda menguruskan hal rumah tangga dll..
begitu jgak dgn sahabat-sahabat baginda..
Khulafah ar-Rasyidin..
Saidina AbuBakar, Saidina Umar, Saidina Uthman & Saidina Ali..
dgn ilmu yg mereka ada pada masa itu..
dapat menjadikan era Islam pada waktu itu sebuah tamadun yg amat disegani sehingga kini.
Mereka beribadah kepada Allah dan dlm masa yg sama mereka mencari ilmu.
Mereka menggali lagi ilmu yg sedia ada.
Jgn kita lupa..Tamadun Islam suatu ketika dulu kuat kerana ilmu di dada pemimpin mereka sentiasa diisi..
dan kerana ilmu yg sedikit telah menemukan Tamadun Islam dgn kekalahan.

Ayat pertama Quran al-Alaq (ayat 1 - 5) yg diturunkan juga telah menyarankan kita supaya mencari ilmu.

Rasulullah SAW bersabda " Sampaikanlah dr aku walaupun 1 ayat."

Bila kita sudah berilmu, jgn lupa untuk berkongsi dgn shbt2 yg laen.
Bkn kita shj yg perlu ilmu tersebut.
Itulah sbbnya sebuah jemaah tidak akan bergerak dgn baik jika yg mengendalinya cuma seorang.
Sudah namanya jemaah pasti yg mengendalinya sekurang-kurangnya dua orang.
x pernah kita lihat sebuah jemaah atau organisasi dikendalikan oleh seorg shj.
pasti rmi yg terlibat..
walaupun yg hanya terlibat scr aktif hanya beberapa org..
kan..? :)
ana phm perasaan itu..

berbalik kepada tajuk entri kita..
kenapa seorg alim itu lebih tnggi darjatnya dr seorg abid sedangkan abid ini meluangkan masanya hanya beribadah kepada Allah..?

kita buat analogi k..
jika kita diberi pilihan untuk memilih pasangan..
seorang yg meletakkan diri itu hanya untuk Allah..
hanya menumpukan ibadahnya kepada Allah..
tidak menghiraukan dunia luar..
yg pntng dia bakal mendapat syurga kelak..


n seorang lg yg mendapat pendidikan yg baik..
mengamalkan semua yg disyariatkan oleh Islam..
menjaga tngkah lakunya..
tambahan lg, dia merupakan seorang yg sentiasa berkorban diri untuk berjuang dgn Islam.
berkongsi ilmunya dgn generasi yg bru.
dlm masa yg sama meletakkan keredhaan Allah didlm perjuangannya..

mana 1 antum pilih..?

tepuk dada tanyalah iman anda..:)

ana harap antum dpt membandingkan analogi ana tu dgn perbezaan abid n alim..
seorg alim itu lebih mengetahui mengenai kalamullah drpd seorang abid.

itulah shj dr ana..kalo ada silap dlm perkongsian ana ne..tegur ya..

may Allah bless..:)