Saturday, August 29, 2015

Setahun Berlalu ~~

Bismillahirahmanirrahim. 

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. 

Setelah sekian lama tidak mencoret di dalam diari elektronik ini. 

Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu. Lebih setahun sebenarnya sejak blog ini diupdate. Ternyata banyak perubahan yang telah berlaku dalam diri ini. 

Sepanjang setahun yang penuh dengan duri dan liku perjuangan yang ditempuh. Syukur Alhamdulillah. Aku melibatkan diri dalam persatuan yang bergiat aktif dalam membangunkan modul insan remaja di sekitar Sabah. Persatuan yang menjaga kebajikan masyarakat. Tidak sampai setahun bersama Persatuan Siswazah Sabah ini, aku dilamar untuk menjadi pemangku Setiausaha PSS cawangan Kota Kinabalu. Nyata. Apa yang Allah cuba katakan kepada aku? Nyata Allah itu tahu apa sebenarnya hati kecil ini mahukan. Tidak pada jawatan. Cuma ingin berbakti kepada Islam. Mungkin dengan cara ini Allah berikan aku peluang dan ruang untuk berbakti kepada Islam. He knows everything. Alhamdulillah. Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang hatinya sudah terpaut utuh dengan perjuangan Islam itu sendiri. Sungguh ia memberikan aku pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan ini walaupun pada mulanya aku bersendiri. Tanpa ada insan yang aku kenali di dalam persatuan tersebut. Sekadar berteman di muka buku, sekadar pernah dengar nama-nama mereka di bibir sahabat yang lain. Perkenalan tanpa pertemuan. Teknologi zaman kini punya kerja. Haha. 

Kemudian. Aku berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Sains Komputer (Kejuruteraan Pengisian) pada November lepas. Terkandas dalam akademik seperti sudah sinonim denganku. Haha. Extend 1 sem la katakan. Kemudian menghabiskan 6 bulan sebelum graduation dengan travelling ke Korea, Brunei dan Indonesia. Agak tidak teratur sebenarnya. Kemudian, all of sudden jadi guru ganti di SMK Limbanak, Penampang. 

Kemudian, tetap bergiat aktif dalam PSS dan Nisa' Sepanggar. Di sini aku belajar berpersatuan. Agak berbeza dengan alam kampus. Yang ternyata di luar ini lebih santai namun kerja tetap jalan. Walaupun 2 3 orang yang bergerak tetap sebuah program dapat dilaksanakan. Kerana apa? Kerana rasa amanah dan tanggungjawab yang dipikul itu lebih penting daripada rehat tidur di rumah. Sungguh. Kau boleh saksikan di sini. Pegang pengisian tapi backup tugas makanan. Pegang media tapi backup penyertaan. Persoalan yang sering hadir. "Kalau bukan aku, siapa lagi?"

Kekangan untuk keluar juga ada. Setiap hujung minggu ada sahaja aktiviti. ada sahaja program. Sampai Mama dan Baba tegur. Masa bersama keluarga kurang. Mahu menjaga perasaan ibu bapa itu payah. Kena berhati-hati agar mereka tidak berkecil hati. Biar aku melangkah keluar dari rumah untuk Islam mendapat redha Mama dan Baba. Mungkin mengambil masa yang lama untuk memberikan mereka rasa faham dengan keadaan aku. Keterbatasan itu hanya seperti paku di jalanan yang hanya kau perlu berhati-hati dan mengalihkannya. Orang lain lagi hebat ujiannya. 

Ternyata sepanjang perkenalan aku dengan sahabat-sahabat ini, memberikan aku rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan sepanjang aku menumpang di bumi Allah yang penuh hikmah ini. Biarlah rasa syukur itu aku simpan untuk diriku. Tidak perlulah diceritakan di sini. Hehe. 

Januari 2015. Bermulanya tugas sebagai Setiausaha PSS Kota Kinabalu. Dan dalam masa yang sama memegang Bendahari Nisa' Sepanggar di samping menjana ekonomi Nisa' Sepanggar. Saat ini sudah 8 bulan aku pgg jawatan S/U tersebut. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Banyak perkara yang perlu dipelajari. 

Mac 2015. Sekali lagi dilamar. Dilamar menjadi Timbalan S/U 2 PSS Pusat. Terduduk juga menerima lamaran ini. Mampukah aku? Amanah Allah ini cukup berat dan besar. Duduk bersama mereka yang berpengalaman mungkin dapat memberikan aku satu ilmu kesetiausahaan yang baru. Dan nyata banyak yang aku sudah pelajari dari taiko2 PSS. Syukur Alhamdulillah. 

Moga apa yang dipelajari dapat disematkan dalam jiwa dan mempraktikkan dalam seharian. Haha. 

Aku juga sempat menjejaki bumi tarbiyyah, Terengganu dan Kelantan. Terima kasih kepada #GengDapurKeRusila dalam menjayakan musafir kali ini. Dan dalam musafir itu, aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. Hehe. 

Mei 2015. Menghadiri interbiu bersama seorang Sahabat untuk menjadi Assistant Coordinator Project di UMS. dan Alhamdulillah, Allah memilih aku untuk mendapat kerja tersebut. Setelah berbulan2 menjadi bambongan. Maka bermulanya hidup aku sebagai orang yang makan gaji. Pigi kerja jam 8 pagi. Pulang jam 5 ptg. Sungguh memenatkan. Nyata sebuah pengalaman yang cukup mengajar. 

And bulan 10,11,12 ni akan menjadi hectic month of all. Dengan jadual yang ada sudah di tangan, maka berbusyan lah aku sepanjang bulan itu. InsyaAllah. Moga dipermudahkan. 

MASTER? Still on thinking mood. Moga Allah berikan petunjuk. Aku ni agak kurang baik dalam akademik. Untuk sambung pengajian give me a thousand of thought to think. Haha. 

Setahun yang berlalu dengan penuh kenangan dan hikmah. Allah hadirkan sahabat-sahabat yang hebat di sampingku. Mereka yang sentiasa memberikan nasihat dan pandangan. Mereka yang faham tanpa perlu aku katakan apa-apa. Terima kasih sahabat. 

Sedikit gambar utk tatapan. Mereka ini lah penguat aku. 



p/s: terima kasih kepada stalker blog ini dan kemudian memberitahu. throwback habis dalam blog ni. dan keinginan untuk menulis muncul lagi. thx shbt !

May Allah bless. 

Jom bersiap ke Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Kinabalu !