Thursday, October 31, 2013

Pilihan Raya Kampus UMS Induk : Mahasiswa/i UMS tidak turun mengundi

Alhamdulillah.. akhirnya PRK UMS selesai jua.. debaran yang ada di dlm jiwa agak mengganggu jiwa-jiwa yang mengikuti perjalanan sepanjang PRK dijalankan.. dr beli borang hinggalah ke hari mengundi.

PRO-ASPIRASI UMS MENANG MAJORITI DENGAN 6 KERUSI UMUM MANAKALA PRO-MAHASISWA UMS MENANG 1 KERUSI UMUM.

Rasanya inilah yang akan menjadi 'Highlight' untuk malam ni, esok pagi dan seterusnya. Pro-Aspirasi masih lagi menjadi pilihan seluruh mahasiswa/i yang turun mengundi pada hari ini. Mereka masih percaya dengan pimpinan yang dikendalikan oleh Pro-Aspirasi sebelum ini.

Ini merupakan keputusan penuh PRK UMS sesi 2013/2014 (kerusi umum):

Nurafizah Ahmad Marif  (PRO-MAHASISWA) - 2150 undi
Saripuddin Mappiasi (PRO-ASPIRASI) - 1946 undi
Shelly (PRO-ASPIRASI) - 1695 undi
Wong (PRO-ASPIRASI) - 1692
Fandyi (PRO-ASPIRASI) - 1680
Nurlina Arappe (PRO-ASPIRASI) - 1573
Hazana (PRO-ASPIRASI) - 1482

Tahniah & Takziah saya ucapkan kepada pimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2013/2014 terutamanya kepada wakil Pro-Mahasiswa saudari Nurafizah dengan mendapat undian tertinggi pada PRK UMS kali ini. Moga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kami akan sentiasa berada di belakang anda.

Saya sebagai penggerak Pro-Mahasiswa sedikit pun tidak kecewa dengan keputusan ini. Mungkin Allah tangguhkan kemenangan kami kali ini disebabkan hikmah yang tersembunyi. Mungkin jika kami menang, Allah tidak redha dengan kemenangan kami. Dia mahu kami memperbaiki lagi setiap kelemahan kami sebelum menjadi pemimpin yang betul-betul dapat memimpin. InsyaAllah perjuangan Pro-Mahasiswa UMS masih jauh lagi. Tahun ini adalah tahun akhir saya. InsyaAllah jika diberikan peluang untuk turun padang tahun depan, saya akan turun memerhati sahaja.

Peratus yang turun mengundi : 33.2%

Satu persoalan yang bermain di minda saya..

ADAKAH MAHASISWA/I UMS TIDAK TAHU HARI MENGUNDI PRK JATUH PADA HARI INI IAITU 31 OKTOBER 2013??

Lihat dengan peratus pelajar yang turun mengundi adalah amat mengecewakan. Ke mana hilangnya kesedaran dalam diri MAHASISWA/I di dalam memilih pemimpin anda. Tak kisahlah anda sokong mana pihak pun tapi jalankan tanggungjawab yang wajib anda laksanakan pada hari ini. Nanti bila tiada program, tiada perubahan, tiada peningkatan, tak dapat kolej kediaman, bus tiada jangan salahkan MPP. Anda yang salah sbb anda tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya anda lakukan pada hari ini. Jangan tau nak complain.. complain dan terus complain! Anda tahu bukan MPP membawa suara mahasiswa? So, anda wajib pilih wakil anda. Untuk menyampaikan complain anda yang berderet-deret itu.

Apa yang saya lihat dalam mentaliti mahasiswa/i UMS ialah kurangnya sifat ingin tahu dalam diri. kan?
Yang anda tahu, kelas, tutorial, makan dan tidur. And pastinya akan terselit game dlm rutin harian anda. kan?

Saya hanya mengambil masa selama 5 minit untuk mengundi. Daftar mendapat pin undi tidak mengambil masa sampai seminit pun sbb meja pendaftaran disediakan dalam kuantiti yang banyak bagi menampung jumlah pelajar UMS yang banyak sesi ini. Saya hanya mengambil masa 1 minit untuk berjalan dari meja pendaftaran hinggalah ke tapak mengundi di mana banyak  komputer yang disediakan. Saya mengambil masa 2 minit untuk mengundi, memastikan apa yang saya undi itu adalah tepat. Kemudian berjalan keluar ambil kupon makanan yang tidak mengambil masa yang lama itu. Senang bukan?

Kalau iya pun sesak, percayalah cakap saya, anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengundi.
Kecewa betul dengan student UMS!! Tunjukkan yang anda hebat seperti yang diperkatakan!!

Tolonglah wahai student UMS.. peka dengan persekitaran anda!! Jangan terlalu selesa dengan apa yg anda ada pada hari ini!! 

Anda sepatutnya berterima kasih kepada calon-calon yang bertanding pada hari ini.. kerana apa?
Sebab mereka sanggup korbankan masa mereka untuk berjuang mewakili anda untuk penggal ini. Kalau anda ada masalah, mereka yang setelkan. Kalau anda nak mengadu masalah, mereka yang tadahkan telinga dengar. Kalau anda memaki, mereka yang tahankan hati mendengar. Bukan senang kerja MPP ni. Mereka sanggup pikul demi anda.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada calon-calon Pro-Mahasiswa, Pro-Aspirasi dan Bebas kerana berani tampil ke hadapan untuk mewakili beribu-ribu pelajar di UMS ini. Saya salute dengan anda semua.



No comments:

Post a Comment