Monday, January 24, 2011

.:: Apa Ertinya Kita Menganut Islam ::.

Assalamualaikum w.b.t.

Cuaca arini sgt2la panas.
Alhamdulillah kain2 aku kering.
Hehe.

Smlm ada Daurah Nur e-Man.
Sekali dlm seminggu program ini akan diadakan.
Dah seminggu kita berkejar2 menuntut ilmu dunia.
Apa salahnya amik masa 2 jam tuk menuntut ilmu akhirat.
Inilah hasil pendengaran alu.
Tajuk entri kali ini bukanla b'dsrkan buku Fathi Yakan tu.
Tapi rasanya daurah smlm tu ada berkaitan dgn entri ini.
InsyaAllah.

Apa KURNIA yg terBESAR yg diberikan oleh Allah kpd manusia?

"...Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu dan telah Aku redhai Islam sbgai agamamu..."

(al-Maidah : 3)

Adakah kita telah menggunakan sehabis baik nikmat yg Allah berikan ini.
ISLAM.
Diri aku sndri pun belum pasti samada aku ne menggunakan sepenuhnya nikmat ini.
Sejenak diriku melayang mengingat apa sumbanganku kpda agama Allah ini.
Sungguh kecil sumbanganku ini.
X spti para pemuda Islam zaman dahulu.

Jadi apakah kewajipan yg harus kita laksanakan kpd Allah pemberi kurnia tersebut?

Dengan cara menunjukkan sikap2 pengikut2 Nabi Muhammad S.A.W. yg tulus & setia & menjadi muslim yg sebenar.
N yg penting syukur itu mesti ada.
Setiap pemberian kita balas dgn rasa berterima kasih.

Jadi, cmna tu kita nak menerima Islam?

Seseorang itu haruslah menerima apa yg disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan bertindak sesuai dgn ajaran itu.

Seorg Muslim tiu xdpt menjadi Muslim yg sebenar tanpa ilmu pengetahuan.

Cuba kita imbas semula.
Bagaimana tamadun Islam dulu membangun dan kekal tuk jangka masa yg amat pnjng?!!!
ILMU.
Ilmu mereka penuh di dada.
Mereka mengkaji al-Quran.
Dari kajian itu, mereka menjana kepelbagaian ilmu dunia.
Ilmu sains, astronomi, geologi.
Mcm2.
Hidup mereka 100% berlandaskan al-Quran & Sunnah.
Sehinggakan para sahabat melimitkan ayat al-Quran dlm majlis ilmu.
kenapa?
Semakin byk al-Quran yg mereka dengar.
Bermakna tanggungjawab mereka makin byk.

TAPI!!
Bagaimana umat Islam skrg.
Baca al-Quran tapi xmemahami maksudnya.
(Allah.agak tersindir di situ.)
X bergantung dgn ajaran yg diberikan oleh Allah.
Sungguh aku merindui kekasih Allah.
Pernah sekali hati ini terdetik.
Alangkah bestnya kalo diriku ini hidup semasa zaman Rasulullah S.A.W.
Namun, pasti ada hikmah N asbabnya kenapa aku di sini arini??

JOM!!KITA KAJI AL_QURAN!!

Dengan ilmu yg penuh di dada, kita dpt membezakan antara ISLAM & KUFUR.
Tapi 1 yg heran tntng umat zaman skrg.
Nak kaji ilmu ckit, takut kena ckp alim.
Alim dlm konteks org kini ialah org yg slalu pi surau.
Dr golongan org2 pki tdung labuh N pki songkok.
Pki baju labuh2.
baca al-Quran.
btul x??

Ada sedikit pembetulannya di sini.
ALIM bermaksud org yg berilmu.
Xnak jadi org yg berilmu ka?
Apa salahnya dikaji al-Quran tu.
It's OUR duty as a MUSLIM.
bkn hanya keja2 org terpilih.
DI SITU SILAP UMAT SKRG.

Dgn ilmu itu, kita dpt jawab segala persoalan tentng Islam.
dgn ilmu, kita dpt memotivasikan hidup kita.
dgn ilmu, kita dpt membezakan antara yg baik & buruk.
mcm2 kita bleh wat kalo dah ada ilmu.
baik ilmu akhirat atau dunia.

Tanpa ilmu, ISLAM dipandang HINA.
Lihat saja saudara2 seislam kita seluruh dunia.
(==)'

May Allah bless.





Friday, January 21, 2011

.:: M.A.A.F. ::.

Assalamualaikum w.b.t.
Minggu yg amat memenatkan bg aku.
Bilangan subjek yg makin bertmbh.
Byk komitmen lg.
Assignment makin bertimbun.
Al-maklumla.
Hidup sbgai sorang PELAJAR.

Tapi aku ingat dgn kata2 ustazah Zaihan.
"Dlm berjuang, tiada istilah penat."

Tidur itu adalah 1 kerehatan.
Yala.xknla xda rehat kan?
Nak pengsan dibuatnya kalo x rehat.
Cuma akhirat itu adalah kerehatan tuk selama2nya.

Ok.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini.
Pernah dendam dgn org x?
Pernah xmaafkan org x?
Pernah marahkan dgn s'sorg dlm masa yg sgt2 lama?
Mesti pernahkan.
Aku pun pernah gak.
Xterlepas.

Ada 2 jenis marah.
1 : Cepat marah cepat redah.
2 : Cepat marah lmbt redah.

Which 1 is u?

Yg pertama itu adalah sebaik2 marah.
Yg kedua itu adalah dilaknat oleh Allah.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
"Barangsiapa yg memaafkan org lain tanpa diminta dijanjikan syurga baginya."

Sungguh!!
berdendam dgn org lain adalah perkara yg akan membuat amalan kita seharian ditolak.
even seberat mna pun org buat kita marah.
maafkan dia.
even kena fitnah pun maafkan.
kena sihir pun maafkan.
sakit hati pun maafkan jgak.

Susah x?
Kalo dah diamalkan insyaAllah dpt.
Maafkanlah sesiapa yg pernah buat kamu sakit hati.
Sedangkan Nabi yg sempurna itu memaafkan org lain apalagi kita yg cuma Hamba yg belum tentu nasib di akhirat kelak.

May Allah bless.
Wassalam.

Sumber : Hasil pendengaran dr kuliah maghrib di surau Kg E UMS,Kota Kinabalu,Sabah.





Thursday, January 20, 2011

.:: Ada apa dgn Tudung Labuh ::.

Assalamualaikum w.b.t.

Di petang yg indah ini, alhamdulillah Allah masih mengizinkan aku untuk hidup di bumi milikNya.
Act aku tga studi skrg ne tetapi ada 1 artikel telah wat aku nanges N wat jari ini rancak tuk wat entri arini.

ADA APA DENGAN TUDUNG LABUH?!
Aku sendiri adalah pemakai tudung ini.
Sejak bila?!
Aku beli tudung labuh dari form 4 lg.
Tapi on off on off.
Until aku msuk matrik.
Alhamdulillah.
Tudung Labuh ne jadi sebahagian dari diri aku.
Bukan sbb aku ne bdk skola agama.
NO!!
Dengan izin Allah,aku memilih untuk mengenakan tudung labuh ini.

Tapi seriously.
Aku selesa pakai tudung labuh.
Terasa seperti ada saja org yg menjaga kita.

Makcik aku penah ckp.
"Ieka, pakaila tudung fesyen skrg.Tudung ne terlalu besar."

"B'fesyenla bha ckit."

Skrg ne aku guna pashmina.
Tapi bersesuaianla.
Alhamdulillah masih labuh lg.
InsyaAllah masih ikut syariat Islam.
Apa pendpt shbt2?
Salahkah berfesyen kalo kita tetap ikut syariat Islam?
Sila respon ya.
Apa yg shbt2 rasa?!
Diri ini tga buntu.
Perlu p'tlngn kamu suma.
salahkah pakai PASHMINA?

Bukan aku ckp aku xnak ketinggalan zaman.
Tapi salahkah berfesyen?!





Tuesday, January 18, 2011

.:: Isu-isu dlm Islam ::.

Assalamualaikum w.b.t.
Sini ada sedikit perkongsian yg bru dpt dr group FB.
Alhamdulillah~
Bermanfaat jgak kegunaan FB ne dlm penyebaran ilmu tentang Islam.
So, shbt2 manfaatkan teknologi yg ada kini dgn sebaik2nya.

Isu 1: Kita boleh makan daging yang disedekahkan oleh Yahudi dan Nasrani tak?

Persoalannya disini ialah daging tu tak disembelih dengan nama Allah dan kita mestilah ragu-ragu kan sebab nak elak shubhah? Rasulullah SAW pernah dihadiahi oleh Nasrani daging dan beliau makan daging tersebut. Penyelesaiannya ialah kita menghadap kiblat dan baca je basmallah dah setel kau boleh makan daging tu.

Isu 2:
Kita boleh ke makan ayam kat Tesco tu?

Kita sebenarnya tak payah siasat secara detail if ayam tu halal ke tak. Jika dah terang-terang kat situ ada logo halal so kau tak payah pening kepala nak pikir halal ke haram sebab kalau mufti kata halal then halal. Jangan siasat sebab nanti kau jadi sufi. Sufi ni orang yang jaga pemakanan dan kalau macam tu lebih baik kau bela je ayam sendiri. Setel!

Isu 3:
Korek hidung batal puasa ke?

Ada 1 dalil yang aku cari tak jumpa yang cakap (lebih kurang) "Jangan masukkan sesuatu ke dalam rongga". Sebenarnya rongga yang dimaksudkan disini ialah perut dan secara otomatiknya korek hidung atau korek telinga adalah tak batal.

Isu 4: Penggunaan daun ketum adalah haram?

Memang haram sebab apa-apa yang merosakkan akal adalah haram.

Isu 5: Isteri ada hak nak gugurkan nafkah?

Absolutely boleh atas kehendak dan persetujuan isteri dan bukaan paksaan suami. Even mahar pun boleh gugur atau share dengan syarat atas kehendak isteri. Contohnya pada malam perkahwinan, si isteri pulangkan balik mahar tersebut dan ia memang diterima.

Isu 6:
Suami sentuh isteri, batal ke wudhu itu?

Sentuhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu sentuhan kecil dan besar. Sentuhan kecil ialah sentuhan yang takde nafsu seperti tersentuh, menyentuh atau even teraba-raba pun memang wudhu tak batal. Saidatina Aisyah mencari Rasulullah yang tengah bersolat dalam kegelapan, maka dia teraba-raba Rasulullah dan ia tak mebatalkan. Sentuhan nafsu yang membatalkan wudhu tersebut.

Isu 7: Aku baru rakaat pertama solat zuhur lepas tu dah masuk waktu azan. Solat aku sah tak?

Solat dikira bila kita dah angkat takbir dalam waktu solat tersebut. Even kita angkat takbir then terus azan sekali pun, hak solat zuhur tu dah jadi milik kita dan kita boleh solat selama yang mungkin even masa tu memang waktu solat asar. Hal ini disebabkan niat yang diambil kira. Niat yang bezakan kita nak buat sesuatu ibadah dengan ibadah yang lain.

Isu 8: Terlupa niat untuk puasa masa bulan Ramadhan.

Puasa tidak akan terbatal sebab puasa dalam bulan Ramadhan dikategorikan dalam wajib mudayyaq iaitu masa menunaikan adalah terhad dan ada tempoh tertentu. Masa ni niat dah jadi tak penting sebab ada tempoh masa yang diberikan spesifik untuk semua orang islam berpuasa. Kes ni sama juga macam tunaikan haji.

Isu 9: Meon tahu dia ada saudara sesusu dalam kelas dia tapi tak kenal dan pada yang sama dia berniat untuk kahwin dengan salah sorang budak dalam kelas tu. Camne?

Hukumya ialah haram untuk kesemua perempuan yang ada dalam kelas tu unless dia dapat kenal pasti siapa saudara sesusu dia.

Isu 10: Tahi burung jatuh dalam kawah kari mak kau masak. Halal tak makan?

Najis adalah haram. Even najis tu hanyalah sedikit tapi disebabkan najis bertitle haram maka hukum haram dilihat lebih besar berbanding halal. Maka haram makan kari tu.

Isu 11: Pakai emas haram bagi lelaki. Kalau pakai suasa?

Suasa diperbuat daripada tembaga dan emas. Disebabkan ada unsur emas dalam suasa tu maka hukumnya ialah haram . Jika bercampur hukum yang halal dan haram sememangnya yang haram akan lebih menguasai macam contoh 9 & 10 tadi.

Isu 12: Solat dengan selipar yang dicuri dekat masjid.

Hukumnya ialah sah sebab kita tak melakukan perkara yang membatalkan solat tapi kita berdosa sebab kita mencuri. Sama kes kalau kau merompak duit bank dan pergi haji. Ibadah kau tetap sah.

Sebarkannya.
May Allah bless.
Wassalam.

Monday, January 10, 2011

.:: Sejenak Bersama ::.

Assalamualaikum~!!
Apa kbr iman anda arini??
Oke x?
Harap2 oke sahaja hendaknya.

Entri kali ini adalah mengenai input2 yg diperolehi smlm.
Dr Daurah Nur E-man.

Pengisian kali ini menyentuh mengenai ISLAM.
Di luar sana pasti rmi yg bertanya mengenai ISLAM.
Samada shbt2 muslim ataupun non-muslim.

Slot itu disampaikan oleh akhi Amirul.
Seorg senior kat UMS ne jgakla.
Sumbernya drpd sebuah buku tapi aku xberapa dgr tajuk buku tu.
InsyaAllah akan dicari jgak buku itu.

Soalan2 yg lazim ditanya:

1)Hijab untuk Wanita.
Mengapa Islam merendahkan wanita dgn menyembunyikan mereka di sebalik tudung?
betul ka??

opkosla jwpnnya tidak sama sekali.
Sbnrnya Islam itu amat memartabatkan kaum wanita.
Pastu akhi tu bg tgk sejarah tamadun2 terdahulu.
Alangkah terkejutnya.
Ingatkan anak perempuan ditanam hidup2 sahaja pada zaman arab pra-Islam.
Rupa2nya.....
Babylon : Jika ada seorang lelaki membunuh, bukan lelaki tersebut yg dihukum bunuh tetapi isterinya yg dihukum bunuh.

Yunani : Wanita pada zaman itu dimartabatkan lebih hina dr binatang.

Rom : Suami ada hak untuk mengambil nyawa isterinya walaupun tanpa sebab.

Aku hanya menggelengkan kpala jak tym tu.
Secara logiknyakan. Islam amat menjaga martabat seorang wanita.
Itulah sbb kenapa hukum Allah menetapkan wanita untuk menutup aurat.

Ada lg fakta.
Pada tahun 1990, AS(negara maju tu) telah mencatat kes rogol tg tertinggi di dunia.
Setiap ari ada 1750 kes.
Lepas tu, tiap2 tahun makin meningkat.
Kenapa erk begitu?
Mereka menjadikan wanita ini sebagai aset untuk menjual brgn mereka
e.g. baju yg cm adik2 kita yg skola tadika.
Ditayang itu ini.
Org ramai pun membeli n pakai baju cm tu.
then.phm2la sndri.

Kita bg 1 analogyla kan.(cm akhi amirul smlm gak)
ada sepasang kembar ne.sama cantik.sama manis.
tapi sorang lengkap berpakaian mengikur syariat Islam.
yg sorang lg x(dedah sumala).
Pastu jalan di lorong yg gelap.
Kamu rasa sapa yg dikacau dulu?

Jawab sendiri.
Tepuk dada tanya iman.

Bukan Islam nak menyusahkan umatnya.
Bukan.Sama sekali x.
Wanita adalah kelemahan lelaki.
(btul x??)
Jadi untuk membantu kaum adam, kaum hawa perlulah mengikut peraturan yg ditetapkan oleh Allah.
Itu lumrah kehidupan ini.
Lelaki pasti akan tertarik dgn wanita.
So, kesimpulannya bukan Islam merendahkan wanita dengan menyuruh memakai hijab.
Bukan.....
Islam memberi PANDUAN untuk wanita lebih berhati-hati.

"Wahai Nabi! Katakanlah kpd isteri-istermu, anak2 perempuanmu dan isteri-ister org mukmin. "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya hingga ke seluruh tubuh mereka."
Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(al-Ahzab : 59)

2) Adakan org Islam menyembah Kaabah?
Memandangkan Islam melarang menyembah berhala, mengapa org Islam tunduk dan menyembah Kaabah semasa solat?

"Kami melihat wajahmu(Muhammad) sering menengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau ke kiblat yg engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan dimana sahaja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya org2 yg diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa pemindahan kiblat adalah kebenaran dr Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yg mereka kerjakan."
(al-Baqarah : 144)

Bukan tunduk atau menyembah.
Allah memerintahkan untuk menghadap muka ke arah Masjidilharam.
Untuk menyenangkan umat Islam.

Islam amat menganjurkan perpaduan.
Jadi...
dengan adanya 1 arah untuk kita menunaikan solat.
Itu menampakkan Islam itu adalah agama perpaduan.
Bukan seorg ke utara seorg lg ke selatan.

Lagi, ada juga org berdiri di atas Kaabah N melaungkan azan.
Kalo umat Islam menyembah Kaabah kenapa ada yg melakukan sedemikian??!!

N kalo Kaabah dipindahkan ke mana2 pun.
Tetap org Islam menghalakan solat ke arah Masjidilharam.

3) Benarkah org Islam fundamentalis @ pengganas??!
Mengapakah org Islam dianggap fundamentalis @ pengganas?

dis is bcoz of the manipulation yg dibuat oleh para media barat.
Dengan pantas mereka membuat maklumat salah N propaganda palsu.
Kalo korngla kan.
Negara maju yg memberitahu.
Tentulah kamu percayakan.

Contohnya(kalo kamu rasa xpasti dgn maklumat ini sila google ya) :
:: Letupan bom di Oklahama, AS.
pihak media mengisytiharkan bahawa org Islam di pantai timur ada terlibat dgn kejadian itu.
Tapi setelah dibuat penyiasatan.
Rupa2nya salah seorang askar AS yg telah melakukan letupan itu.
Ish3.

:: Peristiwa 11 sept 2001.
act kan Osama bin Laden itu x penah wujud.
Sama sekali x pernah.
sbnrnya dia merupakan s'org ejen CIA yg bernama Tim Osman.
al-Qaeda juga x wujud.
Suma itu hanya dongeng AS jak.
Ada para media yg melakukan penyiasatan.
Rakyat Afghanistan xpenah m'dgr nama Osama bin Laden dan gerakan al-Qaeda.
hurrmmmm.
Sungguh licik permainan mereka ya.

Dulu Islam dipandang tinggi.
Sekarang ne dipijak n direndah2kan.
Moga Allah sentiasa bersama kita.
AminnnN~

Umat Islam bleh b'tindak ganas.
Jika ia melibatkan masalah anti-sosial.
Contohnya spt mencuri.
Xknla nak biarkan org sesedap hati nak merompak kita kan.
Mestilah kita melawankan.

4)Kenapa daging khinzir(babi) diharamkan?
mestila ada sbb kenapa Allah mengharamkannya.
lebih tepat kita nyatakan.
Apa hikmah Allah mengharamkan daging khinzir itu.
:: Memakan daging khinzir m'ybbkan pelbagai penyakit.
coz dlm daging tu byk cacing pita.
kalo bdk BIO mesti taukan apa cacing pita tu buatkan.

:: Daging khinzir m'punyai bahan pembina lemak.
50 % rakyat Amerika m'hidap tekanan darah tinggi.

:: Khinzir adalah haiwan paling kotor di dunia.
Untuk pengetahuan shbt2 suma, haiwan ne mkn najis dorng sndri.
Di pendalaman India, dorng menggunakan haiwan ini untuk memakan najis2 manusia.
hurrmmm.
Xknla nak mkn kot daging tu.

5) Kehidupan sesudah mati.
Bagaimanakan nak buktikan kewujudan hari kemudian, iaitu hari sesudah mati?
hehe.
lawak plak part ne.
Aku kena soal dgn akhi amirul.
adeii.
Aku tau bha jwpnnya tapi besala pemalu nda b'tempat kan.

Dunia ini penuh dgn ketidak adilan.
Btulkan?
org yg baik sentiasa b'ibadah x lupa dgn Allah.
bertungkus lumus tuk m'dptkan kehidupan yg sng.
tapi....
xsmpt.
ajalnya tiba.
adil x?

org yg jahat yg sentiasa melakukan kerosakkan di bumi.
N sekelip mata menjadi kaya raya.
adil x?

itulah kenapa Allah jadikan akhirat.
Kehidupan setelah mati.
Keadilan akan diberikan di akhirat kelak.
Allah x berikan kepuasan kpda hambaNya.
Allah menguji kita di DUNIA ini.
Balasannya di AKHIRAT kelak.
Sesungguhnya Allah itu MAHA ADIL.

Itu sahaja yg disampaikan oleh akhi Amirul.
Then disambung plak dgn akhi Sabri.

Ada 1 bnda yg ditekan oleh akhi Sabri ne.
Taqwa kepada Allah s.w.t amat penting dlm hidup kita.
Bila belek2 buku kehidupan aku.
Aku hanya berusaha.
Taqwa kurang.

Sedangkan dlm b'perang pun Saidina Umar al-Khattab berpesan dgn ketua perang Saad bin Abi Waqqas.
"bertaqwalah kamu kepada Allah walau dlm apa2 jua keadaan."

Sungguh kita ini x sedar tntng kepentingan taqwa itu.
Usaha + tawakal jak.
Tapi taqwa xda.
Moga ini menjadi ikhtibar kpada kita suma.
InsyaAllah.
meletakkan taqwa di tahap pling tinggi.

May Allah bless us.






Wednesday, January 5, 2011

:: Niat ::

Assalamualaikum suma~
Hari ne 5 Januari 2011 kan??
bermakna sudah 2 ari aku berada di UMS yg terchenta ini.

Well.class as usual.
tapi ada jgak kelas yg lecturer xda msuk.
Still in holiday mood.
N my classmates masih rmi lg yg blum blik.

Talking bout class kan.
Aku xtau kenapa kali ne aku msuk kelas dlm keadaan tubuhku sejuk seram.
Xpenah dibuat sblm ne.
waduh3.

contohnya kemarin tym kelas Etika N Undang2 ICT.
aku tgk study hours yg direkomen oleh Puan Suraya.
120.5 hours u need to focus n studi juz for dis subjek.
duiissshhhh.
Spt terkena elektrik jak aku rasa tym kelas tu.
i got another 7 subjek dat i need to focus on.
Ya Allah.Aku memohon kepadaMu ketabahan yg kental.
subjek skola ada 4 subjek.
so??
kena studila.kalo x effect arr pointer ko.
hancur berkecai impian nak sambung Master kat Jepun.
I really2 want to go there.
Jeles tgk kwn2 yg studi kat oversea.
Sapa suruh kan??
Dulu tym SPM wat slumber jakk.
Skrh rasain.
Hehe.
Dr dulu smpi skrg.
xpndi abes2 dgn penyesalan.
SPM teruk!!

Astaghfirulllah ieka......
Jgn gitu.
Perkara yg boleh mengurangkan keimanan kita kepada Allah.
Sudah3.
Jgn mengeluh.
Jadikan ikhtibar k ieka.
Gambate ieka!!
(Cehh.mentang2 amik bhasa Jepun)

Now.i need to focus.
Thanks to my dearest fren.Farahin Ag Tangah.
(korang bleh tgk blog dya.ada tu linknya.Rang's Story)
Kata2nya x aku lupakan.
Sentiasa Tajdid(perbaharui) Niat kita tym blaja.
Baru ati ne tenang terima ilmu.
Pi kelas pun bersemangat.
Sumanya Lillahita'ala.
InsyaAllah.

Dalam hadis pun amatlah ditekankan soal niatkan.
Suma perbuatan kita ne bergantung dgn niat kita.
Dalam Hadis 40.
Hadis pertama.
"Mulakan sesuatu itu dengan niat."

Haa.tgk tu.perkara pertama yg disarankan ialah niat.
Niat yg baik insyaAllah Allah memberikan ganjaran pahala even kta lum wat lg perkara tu.
Wahh.betapa sngnya kita ne nak dapatkan pahala kan.
Sungguh besar nikmatMu ya Allah.

Dats ol 4 today.
May ALLAH bless u all.
Wassalam.