Thursday, April 17, 2014

Korea Trip: Departure and Arrival

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dapat juga aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Running Man. Sebulan telah berlalu, tapi segala memori di sna masih tersemat kemas dalam ingatan aku. Mcm baru balik smlm jak. Haihh. I miss Korea so much!!

Well. Kali ni aku kena bawa oleh makcik aku. Actually, aku kena bawa sbb laki dia nda dpt ikut sbb hal kerja. Tapi di saat-saat akhir, laki makcik aku dapat ikut. So, kira rezeki aku la kena bawa pi sna. Alhamdulillah! Sementara blm ada kerja ni.. boleh la aku jalan2 kan. Hehe.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Flight kami dr KL - Incheon jam 11.40 mlm hari Jumaat. So sampai di Korea pagi hari Sabtu la. Flight kami dr KK sebelah petang. So pagi tu, adalah masa untuk check apa lg barang yg mau dibawa. Hari yang ditunggu pun tiba. Yala. Aku dan makcik aku kemain lagi. Siap buat countdown bila nak pigi. Dari 2 bulan sebelum sampailah ke hari kejadian. Mcm dalam mimpi pun ada jgak bila aku bersiap nak gi Airport aritu. Gilerrr best perasaan tu kan.

Excited!


Sempat lagi adik-adik sepupu aku ni bergambar d banner MH370. Kejadian yang berlaku 2 minggu sebelum kami ke Korea.
#PrayForMH370

Check In! Check In!

Tunggu flight!


 Inilah first time aku ke Luar Negara melalui pintu gate perlepasan antarabangsa KLIA. Sebelum ni kalau gi Indonesia ambil AirAsia dr KK jak. So, perasaan eksited ada terlebih sikit. Hehe.

Famili Makcik Aku. Ni ktrng dah nk masuk gi KLIA2.

Aymaan eksited!

Aleeyah pun eksited jugak!

We love Malaysia Airlines!

Minta puji kunun2 mcm di London

Waiting for Aerotrain

First time naik Aerotrain
kami sampai di KLIA dalam jam 4 ptg. So ada 6 jam lebih lagi utk flight ke Incheon. Lama menunggu jak bha kami ni. So kami lepak2 la dulu.

isi perut. lapar betul sudah ni.






Punyala lama nak tunggu jam 11 tu kan. Sepanjang menunggu, aku pun cuba try test la kamera makcik aku. Aku diamanahkan untuk pegang kamera tu. So budak2 ni la jadi mangsa aku. Byk lagi gambar sbnrnya tapi aku malas nak upload semua. Mls menunggu loading. Xpenyabar sungguh aku ni! HAHA


To Seoul we go.........!!
My ticket!!


 Tym menunggu tu, aku malas nak ambil gambar dah. Yala.... masing2 dah muka nak tdor kan. Aku ni menahan jak mata tu bha. Dalam kapal pun aku x ambil. Sbb letak kamera dalam beg. Malas la nak keluarkan. Hp pun aku tutup dan simpan. Mengantuk betul. Tapi sebab banyak sgt movie, aku layan la 2 buah movie. Jam 3 baru aku tertdor. Hehe.

TIPS: KALAU NAK NAIK KAPAL YANG AMIK MASA YG AGAK LAMA NAK SAMPAI DESTINASI TERUTAMA SEKALI MALAM ELAKKAN  PAKAI CONTACT LENS, KECENDERUNGAN UTK TIDUR SGT2 TINGGI! HAHA NO NEED TO BERGAYA SANGAT, SIMPLE CUKUP, JUST PAKAI T-SHIRT PUN OK, NO HEELS NO BOOTS, PAKAI FLAT SHOES CUKUP, BOLEH BUKA TYM SLM FLIGHT NNT.


Alhamdulillah dah sampaiiiiiiiii!! Jam 6 kami dah selamat mendarat di Lapangan Terbang Incheon! Even dalam bangunan pun sejuk. Mebi sbb aircond kot. Xramai orang. So nak keluar dr airport pun nak ambil masa dalam 30 minit jgakla. Aku btl2 x sangka dah jejakkan kaki ke Korea. 


Bila keluar tu, aku sempat lagi ambil gambar pintu keluar antarabangsa. Yala, banyak kan drama korea shooting dpn gate ketibaan. So aku pun terekcited lebih la katakan. Hahaha. Kami smpt lagi singgah 7 eleven beli Banana Milk. Byk blogger yang sarankan rasa minuman tu. Tapi xsmpt nak minum sbb Mr & Mrs Kwon sudah ada. 



Keluar jak dari mulut airport tu, terus automatically badan aku gigil. 3 DARJAH CELCIUS kotttttt!! Terus macam dalam drama-drama Korea. Ada asap keluar dr mulut. Bukan 1st tym bagi aku la. Sllu kalau g kundasang, keluar je asap dr mulut kalau sejuk btl. Cuma eksited lebih sbb continously keluar asap tu. Nda berhenti even kau minum air panas pun. Haaaa. Mmg aku suka cuaca sejuk ni. Nak tinggal di Korea boleh? eh? 

This is Mrs Kwon. Nice to meet u :) 
Dari Incheon ke rumah Mr Kwon ambil masa dalam 45 minit jugaklah. Jalan besar highway. Dari jauh kau bleh nampak jambatan-jambatan. Smooth jak jalan tu. Kita pun relax dalam kereta. Nak tdor tapi sbb pemandangan luar biasa di luar so aku snap la gmbr. Excited la katakan. Hehe. 

Nah! Nikmatilah permandangan di sna!









Motif? Sbb aku nampak van putih tu. Sllu kalau cermin gelap mcm tu, van artis. Haha. 


Sekian sahaja presentation saya pada hari ini. EH? mcm pembentangan FYP je. HAHA

Belum habis lagi. Ada sikit lagi. Lamanya aku nak smpi rumah Mr Kwon kan. Nak dekat 24 jam aku travelling wehhh. Penat!

Bila dah sampai rumah tu, tibalah sesi bagi saguhati dari Sabah, Malaysia. Hepi betul Mr & Mrs Kwon. Aku xda contribution dalam sagu hati ni. Yala. Manala ada duit kan. Aku just senyum dan snap gambar dorang. 


Dalam jam 9 pg jugaklah aku selesai mandi dan tertdor atas katil. Kroh kroh kroh. Rehat 2 3 jam pun ckupla. Kroh Kroh Kroh.


Friday, February 21, 2014

Si Comel Sofea



Baby Sofea Khadeeja
Alhamdulillah.. akhirnya setelah 9 bulan.. lahirlah bayi yang diberi nama Sofea Khadeeja.. anak kepada Babu Ieda, makcik Bongsu aku dan Uncle Bujang.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sofea Khadeeja dilahirkan pada jam 1.45 pagi pada 13 Februari 2014.. Baby ni merupakan cucu yang ke-23 dlm famili besar aku (Hj Jaafar & Hjh Dg Taisah) Semoga menjadi seorang anak yang solehah ya! dan menjadi seorang Muslimah yang terbaik!

Kehadiran si comel ni mmg mengembirakan kami semua lg2 dgn adik2 sepupu aku yg masih kecil la. Bila dpt kabar berita yang kami bakal dapat adik sepupu perempuan, kami sgt happy memandangkan sepupu aku ramai lelaki. So sekarang ni dah jd 11 girls VS 12 boys.. hehehe..

Aku nak ceritakan serba sedikit tentang famili aku..

My Big BIG Famili
Gambar di atas ni diambil time kitarong berPICNIC tym Chinese New Year baru2 ni memandangkan adik aku yang tgh studi di Mesir balik Malaysia so kami ambil kesempatan cuti yang ada untuk berkumpul dan mngeratkan lg silaturahim kami.. hehe.. Tgk babu Ieda (tudung hijau) masih lagi belum bersalin.. ni seminggu before baby Sofea lahir.. sudahlah berjalan pi Tenom sehari sebelum.. ni berjalan lagi..

Sepupu sepapat aku
Not in picture: Hans, Nabila, Orked, Dell
Gambar di atas ni pula sepupu2 aku.. aku yang paling tua.. YA.. aku cucu pertama.. anak buah pertama.. kakak sepupu yang pertama.. ramai betul lelaki.. ni bukan semua ni ada lagi yang teda.. sambut CNY dgn famili lain.. gambar ni ambil tym makan besar CNY.. ni rumah makcik aku yang kahwin dgn cina so adat makan besar tu xlari la kan..

Overall, we glad to have Sofea Khadeeja to be our new member of our BIG BIG Famili.. n doakan Sofea sembuh dari penyakit kuning secepat mungkin.. td bacaan dah cecah 227.. cpt sembuh Sofea sayang!!

May Allah bless me n my famili :)

Saturday, January 11, 2014

Awak Si Tudung Labuh

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. kita masih lagi mampu untuk menghirup udara pinjaman Allah pada tahun 2014 ini.  Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Salah satu azam aku untuk tahun ini adalah untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.
Iya. Penampilan sudah seperti 'Ustazah' tpi perangai macam mana?
Adakah selari dengan kelabuhan tudung itu?

Mama sllu pesan dgn aku.. "Biar perangai tu selari dengan labuhnya tudung"
Aku akui banyak sangat perangai aku yang tak selari dengan labuhnya tudung aku.
Aku tak pakai tudung labuh bulat. Tapi aku pakai tudung yang cukup labuh untuk melabuhi dada seperti yang disyariatkan oleh Islam. So, perangai mestilah ok kan?

1) Elakkanlah post benda yang tak sepatutnya spt Cinta, Soal Hati, Lelaki dll.

Wajarkah untuk seorang Muslimah itu post benda2 sebegini ke dalam Facebook, Twitter.
Bukankah sepatutnya kita meluah dengan Allah? Ya.. soal hati.. semua org tahu.. Fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Jadi perlukah rasa cinta itu diluah melalui laman sosial? Dan agak tidak sesuai untuk seorang Muslimah meluahkan soal cinta di dalam laman sosial. Kurang enak dilihat.

2) Menjaga ikhtilat 

Ya. Aku ramai kawan lelaki. Sangat ramai. Dari sekolah lama hinggalah ke alam universiti. Pasti ada saja masa untuk melepak dengan mereka. Tapi tahun ini, cuba elak dari melepak dengan mereka. Kalau tidak dapat dielak, jaga pergaulan anda sebaik-baiknya. Jangan pula bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki. Ish3.Yang ramai2 pun mau dielak apatah lagi kalau berdua dengan lelaki. Elak seelak-elaknya.  Jangan mudah dipermainkan oleh seorang lelaki. Bila sahaja kita berdua dengan lelaki, pasti dan pasti ayat-ayat manis akan keluar. Moga dijauhkan.

Dan jangan dilupa. Bukan sahaja di alam nyata kita perlu jaga, tapi di alam maya juga. Setakat ini, belum ada lagi aku nampak sahabat-sahabat aku bermain kata di dalam facebook, twitter dll. Ermmm.. tak tau plak kalau dalam SMS. Cuma ada beberapa orang yang suka bermain-main kata dalam alam maya. Anda cakap jaga ikhtilat tapi dalam alam maya, bagaimana? Bukan ia juga mampu mengugat jiwa dan iman?

3) Menjaga Masa

Menjaga masa ini ada banyak jenis. Menepati janji. Kerja tidak bertangguh. Apa yang aku boleh lihat dengan Geng2 Tudung Labuh ni, mereka kurang menjaga masa. Betul atau tidak? Adakah anda rasa wajarkah seorang yang bertudung labuh itu tidak menjaga masanya? Tidak bukan?

Kita sebagai si pemakai tudung labuh perlu memberikan prespektif yang baik kepada mereka yang ada di sekeliling anda. Jangan sampai dicop 'orang yang tidak menjaga masa'. Jika boleh, kitalah yang sentiasa menjadi ikutan orang di dalam menjaga masa. Jangan lupa, kita juga boleh berdakwah di dalam perbuatan kita. Biar masa yang kita ada teratur dan terjaga. Buang sikap malas yang ada dalam diri kita yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang Muslimah


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Muslimah itu adalah perhiasan dunia. Yang suka ditengok dan dibelai. Namun, biarlah yang membelai kita itu menjadi halal kepada kita. Kenapa perlu risau jika jodoh belum tiba? Jodoh itu milik Allah.. bukan milik kita.. Tadahlah tangan dan berdoa kepada Allah.

Masa itu umpama pedang. Jangan biarkan diri kita, seorang Muslimah dibunuh oleh pedang tersebut. Atur masa anda supaya menjadi seorang Mukmin yang Professional.

Wassalam :)