Saturday, October 20, 2012

Silap Menutup Aurat


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jawapannya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (An-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian lelaki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikhuatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (An-Nur: 31)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

"Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang

Allah SWT berfirman :
"Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan." ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalisme dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : "Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi." Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok." Tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujah mereka? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sahih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu?"
Lalu jawab si pekerja : "Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang."

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintah-Nya ? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan Rasul-Nya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (HR Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person.'

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

"Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka." (Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan lain-lain, rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW,

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya." (HR Ahmad dan lain-lainnya)

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? Setelah gunungan dosa mengkaratkan hatinya?

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, Rasul-Nya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
fb : Sham Kamikaze

Friday, August 3, 2012

Tips Berbuka Puasa di Buffer Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Syukur Alhamdulillah.. Kita dh memasuki Ramadhan yg ke 14..
Dh nak abis dh separuh ibadah berpuasa kita tahun ni kan??
So mcm mna? Puasa full x?
Terawih cm mna? Ada g x? Full?
Hope suma ok la kn..jgn plak ada yg nak skip puasa atas alasan yg x munasabah ea..

Ok..berbalik kepada topik kita kat atas tu kn..semestinya rmi yg memilih berbuka puasa d hotel2 n tmpt yg mewah la..xla sllu kn..tp pernah gak perasan ada org yg ari2 berbuka kat tmpt2 mcm ni..

Pastinya berbuka puasa di hotel ni serve BANYAK makanan..btul x? N amatla rugi kalau x mkn semuanya.. But ikut sunnah jgak la ea.. Berhenti sblum kenyang..

TIPS 1 : Ambil wudhu terlebih dahulu 
Before kita gerak g berbuka samada dari rumah o tmpt kerja, ringankan la tulang tuk amik wudhu terlebih dahulu. Seriusly, ia akan memudahkan anda. Mebi di surau nnt bleh amik tpi in case la kn tetiba xda air plak kan. N for sure bg perempuan ssh nak adjust tudung mesti rasa mls nak buka n pakai balik kan?bila dh amik wudhu sng je nak solat trus.. Lelaki sng la ye.. Xda alasan la xnk tunaikan solat.. NO EXCUSE!!!

TIPS 2 : Pakai pakaian yg menepati syarat tuk solat
Bila kita dh amik wudhu, bila dh pakai pakaian yg sesuai blehla trus utk solat di surau yg berdekatan dgn tmpt kita berbuka td. Xknla xda surau kot....... Kalau bg mereka yg hanya selesa berpakaian biasa, bawalah telekung. Lg selesa pakai telekung sendiri. 

Itu persiapan before nk buka la kn..

TIPS 3 : Makan yg sedikit terlebih dahulu
Bila dh berbuka tu, makanlah dulu kurma. Dah tu, makanlah buah-buahan, salad, soup dsb yg anda rasa ringan. After that, dlm masa 10 minit after tu g la solat Maghrib dlu. Xknla nak tngu perut boroi bru nak solat. X khusyuk la nnt. So berbekalkan wudhu n peralatan solat yg ada, anda xla ssh nak menunaikan kewajipan anda.

So bila dah pi solat Maghrib tu, rasa perut bleh isi lg kn? So, isilah dgn mknn berat plak.

TIPS 4 : Ambil makanan dlm kuantiti yg sedikit
Bila nak amik mknn tu, berpada2 la sikit. Amik sikit dh la. Asl dpt rasa sudah ckupla. Byk jenis makanan berat ada kat buffer tu nnt. Dgn Nasi campur, Soto, Mi, itu ini.. Byknyaaaaaaa!!!! So amikla dlm kuantiti yg sedikit shj. Jgnla membazir ye..

TIPS 5 : Jgn gelojoh
Bila dh mkn tu jgnla gelojoh sgt.. Masa masih ada.. Makan perlahan-lahan.. Berehat terlebih dahulu before nk amik mknn jenis lain plak. Nnt x pasal2 ada plak yg muntah..

TIPS 6 : Elakkan dari minum terlalu banyak
Jgn minum terlalu banyak. Nnt korng akan rasa kenyang yg teramat2 sgt..padahal perut penuh dgn angin n air. Kalau nk minum pun, minum air kosong jak k.

N jgn lupa.. BERHENTI SBLUM KENYANG!!!!!




After that blehla kita g ISYAK N TERAWIH kat masjid yg berdekatan..










Monday, July 9, 2012

Bukan Mudah





iyaaa..bukan mudah nak menjadi sorng daie ni..
MALAS yg ada dalam diri aku ni kena buang!!
SEMBAHYANG alhamdulillah..!!

n ISLAM dah mmg kembali asing..n it's make it complicated..
but AS LONG AS ALLAH with ME..I WILL FIGHT UNTIL THE END!!

may ALLAH bless u ALL :)

There still hope...

Assalamualaikum suma.. :)
Well..
arini i got bad news from sumone..

setelah seminggu x berkontek..
adala mslh yg dihadapi tu..
hampir punah jgak impian aku..
impian kedua aku..
mebi Allah nak bg petunjuk kepada aku yg usaha dan doa aku nda cukup..
bergelen jgak air mata aku kuar mlm ni..
ada sorng shbt kata..
"airmata itu tanda kejujuran"
 ya.... aku jujur dlm hubungan ini..semestinyaaaa..

aku tau aku masih lg hidup dalam fantasi..
realitinyaaaa.. byk cbrn yg perlu kami hadapi dlm hubungan ini..
BANYAK sgt........

tapi aku percaya.....
ada masih harapan....
inilah dugaan n ujian yg perlu dihadapi..
semestinyaaa sentiasa akan ada UJIAN..
itu namanya KEHIDUPAN..

INSYAALLAH aku akan trus BERDOA.....
BERUSAHA dalam mengapai impian aku ni..
terlalu banyak IMPIAN yg telah aku cipta..
moga iya menjadi REALITI bukan lg FANTASI..




may ALLAH bless U all :)



mujahidah ungu ieka noriko

Saturday, July 7, 2012

ringkasan sem 2 tahun 2

Assalamualaikum ~~
agak lama jgak kan aku meninggalkan dunia blogging ni..
i love blogging but i got lot of activities..
STUDI..EVENTS..etc

xtau nak letak title apa..i dunno..
hmmm.. 
skrg tgh cuti semester..xlama lg aku melangkah ke dunia FINAL YEAR!!!
aku nak cri keja tpi ditolak sbb cikgu ganti nak smpi Oktober..
xpala..
bru2 aku dpt tugasan tuk urus blog..2 blog lg tu..so amik la oppurtunity nak gilap blik kreativiti aku ni..lamanya x dok design dok blogging..
dh alang2 buka blogger tu aku bukala blog aku ni..

first of all aku nak ringkaskanlah apa yg terjadi dengan aku selama semester 2 tahun 2 aku kat UMS..
about studi..trus terang sem ni aku a bit xda semangat sbb pointer aku xspt yg aku nakkan even dh bertungkus lumus semester sblum ni..
ada 2 subjek yg aku x fokus dr awal lg..xtau sbb apa..xda minat kot..
subjek Sistem Mutimedia and Computer Architecture..
hmmmmm..mebi sbb.......xnak la gtau kat sini.
yg paling aku fokus adalah Linear Algebra..
tapi xtaula kenapa..still marks aku average jak..

bila nak dkt final..carry marks keluar..ALHAMDULILLAH!!!
suma subjek above 50% laaa..
kecuali LA AND CA la..

bila dh final tu..alhamdulillah!! dpt jgak jwb even ada soalan yg aku xdpt nak jwb..

pastu pasal program yg aku ikut di kampus..
first aku jdi PENGARAH PROGRAM KARNIVAL KERJAYA 2012..
then jadi KETUA PUBLISITI DIALOG CINTA..
itulah program terbesar aku kat kampus..
n ada 2 kali aku jadi SETIAUSAHA untuk program kelab UMSINTECH..
YES!! aku suka beraktiviti..sbb mmg dalam darah aku sejak dr skolah lg..mmg aku minat abis la..hihi..
dalam xsedar aku ikut program ni makes my confidence utuh lg..
sem akan dtg ni ada 3 program menanti lg.. 

about PERSAHABATAN,,
mls aku nak komen byk sbb aku mmg xsuka kalau ada pergelutan..
biarkanla ia jadi rahsia ye..... :)

about RELATIONSHIP..
biarlah ini pun jadi rahsia :)

about DAKWAH 
hmmmm..
aku skrg ni sedaya upaya utk mengaktifkan semula diri aku ni..
utk berkhidmat sepenuhnya di jalan ALLAH..
:)

that's all from me :)

mujahidah ungu ieka noriko :)
may ALLAH bless u all..

Monday, February 20, 2012

episod PELAJAR

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..skrg ne aku dh jejakkan kaki semula ke kampus terchenta UMS :)
bila smpi cne..masih lg sunyi ternyata masih rmi lg student yg blum balik..
rumate aku pun blum balik gak..

mlm smlm berabes aku bersihkan bilik aku..

so arini mestilah aku g kuliah kan..
kwn2 pompuan aku suma lum balik lg..
xtau kenapa dorng xnak balik..
spttnya smngtla bha kan..?

(sbnrnya aku xberapa nak smngt pun..)
T_T

apa2pun still jgak ditruskan..
arini ada dua kuliah..pg n ptg..arini x berapa pack sgt..
tapi lum tau lg ne..sbb lum ada lab lg dkasitau..

FYI aku ne amik software engineering..
mmg ssh la..
smpi skrg aku lum penah lg wat program own my own..huh!
SE apa aku ne..

arini jgak ada assignment kena bg..
kami kna suh wat proposal tuk project sistem multimedia..
all about adobe...!!
QUITE INTERESTINGLAH..

apa2 pun shbt2 bila dh msuk sem baru ne..kena tajdid niat anda semula..
bukan smata2 nak dpt cgpa yg tinggi..
tapi punya ilmu dunia & akhirat yg sama tingginya..
biarpun kita ne belajar ilmu dunia tapi ilmu akhirat jgn diabaikan..

(mood menasihati)
saya tahu kalian suma pasti mau yg terbaik dlm hidup kan..lg2 bab2 keputusan exam..
benda ne sbnrnya lama dh kita tempuh semenjak dr TADIKA lagi kan..??

UPSR > PMR > SPM > MTRX > UNIVERSITY

kita asyik dgn bljr2..
tetapi kita xtau apa tujuan sbnrnya kita dilahirkan ke dunia ni..
hmm salah..bukan TAK TAHU..tapi LUPA..
ingatlah bahawasanya kita pernah berjanji dgn Allah ketika kita masih lg di rahim ibu kita..
(dh 20 lebih tahun dh tu..)


so apa salahnya dlm kita belajar di U ne..or kat mna2..
kita selitkan jiwa seorang pejuang..
BERJUANG DLM PELAJARAN jgak JIHAD kan..??

so bila kita mati dlm kita berJIHAD BLJR ne..means kita MATI SYAHID??
iya shbt2..btul tu..

so every tym kita bgn nak solat subuh tu..apa kata kita sntiasa perbaharui niat kita..
nice kan cm tu..? :)

sbnrnya salah satu sbb aku buat entri mcm ne sbb aku ingin menasihati diri aku ne..
makin lama macam down kan..tpi bila kita tulis cm ne kita akan rasa smngt kembali..
insyaAllah :)

May ALLAH bless :)

Monday, January 30, 2012

Al-Kisah Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah Allah masih lg meminjamkan kita suma oksigen yg merupakan antara sumber tuk kita truskan hidup..Alhamdulillah..
moga2..ucapan ini tidak lut dr mulut kita sebagai hambaNya..

It's been two weeks since my paper done..
after paper abes..aku n kwn2 aku gerak gi tawau..
well..byk sgt perkara yg menyakitkan ati sepanjang persiapan kami..
hmmmm..
no need to ask..
there's HIKMAH behind it..

Mulanya..hati ne dh tawar mau truskan holiday yg kmi rncng hampir stgh semester tu..
but..it Allah's will rite?
Kun Fayakun..

sbnrnya aku memilih tuk meneruskan program yg smmgnya telah ada lepas paper tu..
tapi..hati aku ttap mau tuk meneruskan holiday bersama2 kwn2 aku..
JANJI..perlu ditunaikan..
mereka terlebih dahulu mengikat aku..:)

ok..truskan with the story..
bila menapakkan ke bumi Tawau..
it was like..
"Ya Allah..lamanya dh jejakkan kaki d sini.."
TAWAU..antara tempat aku dibesarkan..
hmpir setiap cuti skola aku akn ke sna..tym kecik2 jak la..
it's been 10 years behind..almost forget about it..haha..

Kehidupan..
sejak aku mengenali shbt2 aku satu kos ne..
mcm2 yg telah aku temui..
the journey make me think..
betapa bertuahnya aku dilahirkan dlm keluarga aku skrg ne..

di sinilah aku belajar..
erti bersyukur sbnrnya..
erti sebuah kehidupan..
erti sebuah pershbtn..

selama kami bershbt..xpernah sekelumit rasa pun diluahkan oleh sang sahabat..

payah tuk huraikan pa yg tersirat dlm hati ini..
cuma nk bgtau..
bersyukurlah dgn apa yg kita ada..
mungkin kita rasa seperti kekurangan..
tapi ingtlah..ada lg insan yg byk kekurangan..
mungkin kita rasa spt mau semuanya..
tapi ingtlah..ada lg insan yg payah mau dpt semuanya..
bersyukurlah..semuanya cukup tuk kita sbnrnya..
cuma tahap kecukupan kita itu berbeza..
kenapa perlu persoalkan lg???
All we need is..SYUKUR..
itu akan buat kehidupan kita lebih bermakna..

Wallahualam..:)
May Allah bless..

Sunday, January 8, 2012

Saatnya Akan Tiba


Assalamualaikum wbt..
fuhhhh skrg ne minggu exam..n dh berhari2 aku asyik ngadap buku..
muka buku pun sekali sekala aku buka..
sori lil diary..lama dh x buka..

oh ya kan! dah masuk tahun bru skrg ne..2012..
2011..mcm2 berlaku..
dimana aku cuba kembali kepada diriku yg aku rindui..
yala 2010 gv me a lot of pain back then..
n 2012 ne pun memberikan satu permulaan yg sgt baik tuk aku..
2 JANUARI 2012
(tarikh ne amat bermakna sbnrnya..)
tngulah dlm beberapa tahun lg aku akan ceritakan..
sbr ekk..

SAATNYA AKAN TIBA GAK KAN??

a little message for the one dat took my heart..n Allah sent U for me..
p/s : to my dearest shbt..thx for the du'a..insyaAllah after 17hb i'll help u k..:)