Sunday, August 14, 2011

.:: Wahai Daie..Jgn Lemah ::.

Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda rasul S.A.W mafhumnya :

Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang.
[H.R Muslim]

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.

Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[Ali-Imran 3:139]

Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..

Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. [Al-Baqarah 2:207]


sumber : iluvislam.com

p/s : moga kita sebagai seorang daie trus menerus istiqomah dlm perjuangan..insyaAllah..
may Allah bless.

Thursday, August 11, 2011

.:: SAHABAT ::.

Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah Allah masih mengizinkan kita semua meminjam apa yg menjadi milikNya..
Sekarang sdh 3 bulan cuti akhir semester berlalu..
nmpknya spt ada masih yg perlu diisi dlm jiwa ana..
n Alhamdulillah..ia diisi minggu lalu..insyaAllah..
meskipun ada terlewat sedikit dlm mengupdate..huhu..
Kehadiran ana ke JeKRa tidak sia2..

meskipun pelbagai kesilapan yg ana lakukan semasa menjalankan tugas sebagai AJK dlm program tersebut..
mendidik ana supaya tidak leka dlm melakukan tugas2 ana memandangkan semester akan dtg ne ada byk tugas yg ana pegang..

N ana sedar..dlm gerak kerja dakwah ne perlukan satu komitmen yg penting..
Tapi pastinya manusia ini kadang2 terlupa dgn komitmen mereka tersebut..
tidak dilupakan ana sndri..=='
memandang cuti ini lebih kepada kerehatan yg melampau kepada ana..

ITULAH SBBNYA kita perlukan SAHABAT..
sahabat yg sntiasa mengingatkan kita..sentiasa ada di sisi di ka
la kita membutuhkan pertolongan..apa gunanya sahabat kan..?

bgn pagi..trus berfikir..cm na nak bangunkan biah Islam di tempat tinggal ana ne..
paling2 pun di kawasan perumahan ana..
hehe..rasanya soalan ana itu terjawab bila ikut program ne..
hasil perkongsian dgn shbt2 laen..
Alhamdulillah..:)
TERIMA KASIH SAHABAT..
(tapi xtau bila nak start..??)

dlm bergerak kerja pun kita perlukan shbt untuk bersama2 menggerakkan kerja tersbut..
masing2 punya kelemahan..sahabat itulah yg melengkapi semua..
barulah PERFORM kan..hehe..
tiada yg sempurna di dunia ini melainkan Allah..

N alhamdulillah pertemuan bersama mereka merupakan hadiah yg paling istimewa dlm bulan Ramadhan ini..:)

May Allah bless..

p/s : ana amat terharu bila org yg ana hormati sebagai pemimpin jenguk blog ana..syukran..:)