Saturday, January 11, 2014

Awak Si Tudung Labuh

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. kita masih lagi mampu untuk menghirup udara pinjaman Allah pada tahun 2014 ini.  Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Salah satu azam aku untuk tahun ini adalah untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.
Iya. Penampilan sudah seperti 'Ustazah' tpi perangai macam mana?
Adakah selari dengan kelabuhan tudung itu?

Mama sllu pesan dgn aku.. "Biar perangai tu selari dengan labuhnya tudung"
Aku akui banyak sangat perangai aku yang tak selari dengan labuhnya tudung aku.
Aku tak pakai tudung labuh bulat. Tapi aku pakai tudung yang cukup labuh untuk melabuhi dada seperti yang disyariatkan oleh Islam. So, perangai mestilah ok kan?

1) Elakkanlah post benda yang tak sepatutnya spt Cinta, Soal Hati, Lelaki dll.

Wajarkah untuk seorang Muslimah itu post benda2 sebegini ke dalam Facebook, Twitter.
Bukankah sepatutnya kita meluah dengan Allah? Ya.. soal hati.. semua org tahu.. Fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Jadi perlukah rasa cinta itu diluah melalui laman sosial? Dan agak tidak sesuai untuk seorang Muslimah meluahkan soal cinta di dalam laman sosial. Kurang enak dilihat.

2) Menjaga ikhtilat 

Ya. Aku ramai kawan lelaki. Sangat ramai. Dari sekolah lama hinggalah ke alam universiti. Pasti ada saja masa untuk melepak dengan mereka. Tapi tahun ini, cuba elak dari melepak dengan mereka. Kalau tidak dapat dielak, jaga pergaulan anda sebaik-baiknya. Jangan pula bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki. Ish3.Yang ramai2 pun mau dielak apatah lagi kalau berdua dengan lelaki. Elak seelak-elaknya.  Jangan mudah dipermainkan oleh seorang lelaki. Bila sahaja kita berdua dengan lelaki, pasti dan pasti ayat-ayat manis akan keluar. Moga dijauhkan.

Dan jangan dilupa. Bukan sahaja di alam nyata kita perlu jaga, tapi di alam maya juga. Setakat ini, belum ada lagi aku nampak sahabat-sahabat aku bermain kata di dalam facebook, twitter dll. Ermmm.. tak tau plak kalau dalam SMS. Cuma ada beberapa orang yang suka bermain-main kata dalam alam maya. Anda cakap jaga ikhtilat tapi dalam alam maya, bagaimana? Bukan ia juga mampu mengugat jiwa dan iman?

3) Menjaga Masa

Menjaga masa ini ada banyak jenis. Menepati janji. Kerja tidak bertangguh. Apa yang aku boleh lihat dengan Geng2 Tudung Labuh ni, mereka kurang menjaga masa. Betul atau tidak? Adakah anda rasa wajarkah seorang yang bertudung labuh itu tidak menjaga masanya? Tidak bukan?

Kita sebagai si pemakai tudung labuh perlu memberikan prespektif yang baik kepada mereka yang ada di sekeliling anda. Jangan sampai dicop 'orang yang tidak menjaga masa'. Jika boleh, kitalah yang sentiasa menjadi ikutan orang di dalam menjaga masa. Jangan lupa, kita juga boleh berdakwah di dalam perbuatan kita. Biar masa yang kita ada teratur dan terjaga. Buang sikap malas yang ada dalam diri kita yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang Muslimah


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Muslimah itu adalah perhiasan dunia. Yang suka ditengok dan dibelai. Namun, biarlah yang membelai kita itu menjadi halal kepada kita. Kenapa perlu risau jika jodoh belum tiba? Jodoh itu milik Allah.. bukan milik kita.. Tadahlah tangan dan berdoa kepada Allah.

Masa itu umpama pedang. Jangan biarkan diri kita, seorang Muslimah dibunuh oleh pedang tersebut. Atur masa anda supaya menjadi seorang Mukmin yang Professional.

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment