Wednesday, November 16, 2016

Kenapa Pilih Hong Kong?

Kenapa pilih Hong Kong sebagai salah satu destinasi percutian?

Skemanyaaaa. Ha ha ha.

At first, aku tak sangka plak akan dapat menjejakkan kaki ke luar negara pada masa yang terdekat. Desakan hidup kadang membuat kau fikir bukan takat dua kali tapi berjuta-juta lemon kali untuk fikir adakah patut kau belanjakan harta sepencarian kau untuk travelling. Hahaha. But then, Syukur Alhamdulillah. Allah kurniakan kami sekeluarga rezeki untuk jalan-jalan di tempat orang after so many years. Last time, kami jejak Bandung dan Jakarta. Aku masih Tahun 1 Degree tym tu. 

So, Baba decided untuk bawa kami semua jalan. So, aku sebagai pembeli tiket like always (Tiket balik cuti semester adik-adik aku pun aku beli. Mmg dh menjadi tugasan utama), mencari tiket murah dan ada yg direct flight. Yala. Malas nak cari tiket transit KL. So after cari punya cari, we decided untuk ke Hong Kong. Time tu aku rasa mcm awkward sekejap. Apa yang ada di Hong Kong??? Apa yang best?? Ikutkan hati mau jak aku beli tiket ke Korea, tapi apakan dayaaaa. Tiada direct flight. 

So memulakan pencarian. Just google for it. Dan mmg rmi rakyat Malaysia yang melancong ke HK. Tempat menarik pun banyak juga. Aku just baca semua entry di setiap blog. Dan wallahhhhhh. Siap initerary untuk HK. Later aku akan kongsi. Dan aku sebenarnya ada juga merujuk kepada Running Man di HK. Dan antara yang aku mau pigi adalah BIG BUDDHA di mana Running Man mencari Golden Dragon (aku lupa dah episod berapa).

Berbalik kepada soalan. Kenapa Hong Kong??

So berdasarkan pengalaman aku, aku SANGAT SANGAT MENSYORKAN ANDA ANDA SEMUA untuk bercuti ke HK. Kenapa?

1. PERBEZAAN BUDAYA

Budaya kita dengan budaya org HK ni mmg berbeza. So why not? Pilih tempat yg berbeza sedikit. Bahasa lain. Budaya lain. So ada rasa cabaran di situ. Kau nak bercakap, bertanya pun mmg susah sbb mostly org HK nda pandai cakap ENGLISH !! Teringat kisah dgn owner apartment kami, aku tanya lain dia jawab lain. Dan last2 aku mengiyakan jak apa yang dia cakap. 

2. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Sebelum book apartment or hotel, pastikan dkt dengan MRT. Selalunya org akan pilih area Tsim Tsa Shui, Jordon dan Mong Kok. Kami pilih apartment di Mong Kok, yg berdekatan dgn Mong Kok MRT. So pilihlah mengikut kesesuaian dan kemampuan. 

3. HUTAN BESI KONKRIT

Jujurnya, kalau aku berjalan ni aku lebih suka tgk alam semula jadi. Yala. Tapi masuk dalam hutan konkrit ni mmg satu pengalaman yg cukup menarik. Langsung tiada kau nampak satu hidupan liar yg ada. Kalau di KK ni ada jak kau nmpk kan. Di HK Island ni cuma ada tumbuhan dalam pasu shj. So panasnya lain mcm sikit. Kbetulan pula kami pigi dalam musim panas. Cuaca lebih kurang mcm di Malaysia jak. 

4. SYURGA MEMBELI-BELAH

Living cost di HK ni sangat-sangat tinggi. Apartment pun sangatlah kecil. Dapur hanya muat dua orang. Itu pun bergesel. Hahaha. So barang-barang pun sgtlah mahal. TETAPIIIII, ketahuilah bahawasanya, HK ni banyak market. Ada Ladies Market, Sneaker Street, Night Temple Market, dll. Ladies Market dan Sneakers Street di bawah apartment kami jak. Turun jak smpi sdh di Ladies Market, kau jalan ke depan sikit dan jumpa Sneakers Street. Kau boleh juga dapatkan beg-beg di HK. Kalau perempuan maybe dia akan bersetuju sbb kau boleh borang beg dengan harga murah sini. Tapi pastikan kau membeli di satu kedai shj kalau mau murah. Dan berhati-hatilah dalam menawar ya. Kalau ada intention mau beli jak kau menawar, kalau xda jgn pandai2 mau menawar. Hehehe. Ceta pasal Sneakers Street pulaaaa, aku xtau kenapa ramai sgt orang dalam kedai-kedai sepanjang street ni. Setiap hari. Weekdays pun. Semua kasut di sini adalah ORIGINAL dan lebih UPDATED berbanding Malaysia. DAN JAUH LEBIH MURAH berbanding Malaysia. Kalau convert pun masih lagi murah. So kalau anda peminat barangan berjenama bolehlah membeli di sini. Tidak akan rugi. 

5. FUN AND EXCITING

TBH, aku sebenarnya nda menjangka yg aku akan suka dengan HK. Teruja apabila kau masuk MRT sesak, keluar MRT pun sesak. Terasa setiap masa adalah peak hour. Rasa teruja lagi apabila kau memberanikan diri redah semuanya sendiri even kau xpenah jejakkan ke sini. Kau terpaksa usir segala kerisauan dan ketakutan yang kau ada time tu. Yang ini aku pasti semua akan rasa kalau berjalan ke mana-mana pun. Setiap tempat ada ceritanya sendiri. Setiap tempat ada budayanya sendiri. Hanya kau perlu siap untuk menikmatinya setiap saat. 

So meh aku belanja gmbr sikit. 

Kami di BIG BUDDHA

MRT
Jumpa di NEXT ENTRY !!


No comments:

Post a Comment