Friday, November 11, 2011

I Need A Planner!!

Assalamualaikum wbt..
Fuhhh..!!
Bru dpt tau yg aku septtnya antar business proposal tu skali dgn supervisor..
Xmcm berderau darah aku kan..
tapi xpa..ne pun suma salah aku..
salah sndri sbb xpandai bertanya..
sbb PLANNER xda..
spttnya ada..tapi ntah hilang ke mana..

apa2pun bnda bleh setel InsyaAllah..
moga Allah lembutkan hati si Supervisor..
Aminnn..

tapi Alhamdulillah..tym cuti ne aku dpt restkan minda dr suasana yg sibuk kat UMS tu..
N Alhamdulillah assignment aku ada yg dh siap..
N Alhamdulillah kerja forum berjln dgn lancar..

OHYA!!
first tym in my life aku jd PENGARAH PROGRAM..
PAMERAN KERJAYA & FORUM 'PERHENTIAN SETERUSNYA- DAH MASUK U PAS NI KEMANA PULA'
terimakasih kerana memberikan kepercayaan kpd diri ini yg serba kekurangan..
kamu jak melengkapi kekurangan ini..

aku sbnrnya berdebar balik UMS ne..
sbb after cuti mmg byk sgt benda nak kena fikir..
1st week after cuti
1) Midterm - Analysis Algorithm N Arabic
2) Gerak kerja Forum MESTI berjalan
3) Binaan APK bermula (engribid) *blkg crita (xmenarik mana pun)

2nd week :
1) still proceed with gerak kerja forum
2) APK n TAMU GADANG

3rd week :
1) FORUM!!!!!

p/s : mcm ada yg missing..fuhhhh..
tiap2 minggu aku kena adakan diman dgn adik2 usrah..
dh berapa minggu dh terTANGGUH
N blog SURAU kena update n ubahsuai..

byk sbnrnya kerja aku ne..so kena ada PLANNER..
bru xserabut..

kena singgah kedai buku n GRAB 1..!!

May Allah bless..

Thursday, November 10, 2011

weird..bila bgn..rasa cm mslh sblum tdor ilang begitu sahaja..spt Allah cuba menghilangkan rasa sakit di hati itu..hembusan angin di pg ini spt membawa rahmat Allah n berbisik di telinga ini.."wahai hambaKu,bersabarlah..sesungguhnya ini ujian yg Aku turunkan kepadamu.." Rasa spt Allah itu tidak jemu menjaga diri ini.. Sebak..(iekanoriko,2011)


Sebak rasa di hati sbnrnya..bgn pagi ada jgaklah sekelumit rasa sakit n kecewa..Mustahillah tidur itu ubatnya..cuma tidur itu memberikan masa untuk kita menenangkan fikiran dan berfikir rasional semula..

Baru shj bercerita2 dgn adik betapa hepi n bahagianya diri ini skrg..
tetapi dgn sekelip mata hati ini spt dilumat2 ditumbuk dek lesung batu kat dapur tu..

Adakah ini sbb diri ini mengenepikan Allah dlm hal ini..?

Adakah disbbkan diri ini tidak meminta petunjuk dr Allah..??

'Ya Allah..maafkanlah diri ini jika ada salah silap diri ini kepadaMu ya Allah..
kekhilafan diri ini tidak pernah lari dari diri ini ya Allah..

May Allah bless..
luahan rasa gadis ungu..



Wednesday, November 9, 2011

.:: Heal My Heart Ya Allah ::.

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Ya Allah..aku berasa sungguh malu dgn adanya hati ini..
Ya Allah..sembuhkanlah hati ini ya Allah..I need a new heart..:(