Friday, December 31, 2010

.:: the new book of my life ::.

Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah kerana memberikan aku peluang untuk hidup di muka bumiNya yg penuh dgn kerosakan, tipu helah dan permainan.
Itulah dunia.

2010.
penuh dengan ujian yg sgt byk oleh Allah.
ada yg dapat ditempuh dgn baik.
dan.
ada juga yg tersasar dr matlamat hidup.

Tahun Baru Hijrah.
sudah 25 hari kita telah masuk ke Tahun Baru Islam.
1432 H.

Suma pun ada azam baru 2011.
Diri ini akui.
suma azam yg ingin dicapai tahun 2010 xda yg tercapai.
hanya di atas kertas sahaja.
bazir ink pen n kertas jak.

Jadi, aku nak coret di blog kesayangan ne.
aku nak buka buku baru.
buku lama nak simpan jak dlm almari rumah.
biar ia menjadi ikhtibar kpdaku.

1) Meneruskan matlamat sebenar hidupku.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hen
dak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka bertanya : "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu org yang akan berbuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."

Al-Baqarah : 30.

Sudah jelas terang dan nyata,lagikan bersuluh.
Apa tujuan kita di muka bumi ciptaan Allah ini.
Khalifah Allah.

MAY ALLAH GIVE ME THE OPPORTUNITY.
Moga Allah memilih aku antara org yg asing itu.

Sungguh aku amat2 mendambakannya.
Amin~


Aku sering diingat tentang janji kita dengan Allah ketik
a di dlm rahim ibu kita.
Dats y kenapa kita menangis ketika melihat dunia buat pertama kali.
Takut dengan Dunia yg fana ini.
Dan semudah itu juga kita melupakan janji kita kepadaNya.

So, tahun 2011 ne.
Aku ingin meneruskan azam aku ne.
May Allah bless.

2) Getting a better pointer.

UPSR?..Alhamdulillah~
PMR?..Aku xsgka bleh dpt sebaik itu.
SPM?..down..honeymoon terlalu lama.
Matrikulasi?..Makin jatuh.
Sem 1 U?..Apa mau jadi ma aku ne?

Sungguh.amat mengecewakan.
Ada kurang ne.
Otak pandai tapi kenapa ne?
Mebi cara belajar aku yg salah.
xpa.
Kwn aku bg nasihat semalam.

"Tetapkan matlamat..atur strategi..yakin dgn diri..kuasai diri dan insyaAllah kau akan menguasai dunia."

Syukran Jazilan.

So, insyaAllah aku akan perbaiki lg.

3) Software Engineer.

Ngam dgn kursus aku skrg ne.
Kejuruteraan Perisian.

Act, aku sgt2 sedih n kecewa bila dpt kursus ne.
Why?
Coz i like Chemistry so much.
my 1st choice dulu ialah Chemical Engineering UMS.
Alangkah kecewanya aku bila xdpt.

There's no more CHEMISTRY.
Now it's all about PROGRAMMING.

xpa.aku mesti teruskan.
so aku nak menjadi seorang..

Jurutera IT ISLAM.

Seorang yg berjaya dlm bidang IT dan dlm masa yg sama bergerak untuk memperjuangkan agama Allah.InsyaAllah.


Bila menjenguk ke belakang melihat diriku ne.
Aku seorang yg mudah terpengaruh.
Suka mencuba.
Senang menyesal.
Pemalas.
n macam2 lg la.

AKU MAU BERUBAH.

NAK BUKA BUKU BARU.

I WILL.
insyaAllah~

May ALLAH Bless.


Saturday, December 18, 2010

.:: Bandung 1st day ::.

Assalamualaikum~

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi diri ini masih dapat m'hirup udara dengan izinnya Allah.
Kini diri ini ada di bumi bertuah Indonesia.
Memang banyak sgt perbezaan antara Malaysia dan Indonesia.
Beda bangett!! spt langit dan bumi.
dari segi baik dan juga buruknya.
Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Indonesia ini memang best!
Apa lg kalo diri ini sahaja yg belum penah pi Indonesia dlm kalangan famili.
:: Babu Jimah, Babu Oni, Babu Lina, Mama, Nenek Wan n Babu Ieda ::
:: semangat mau pi Indon ya ::
:: cek in pun mau lama bha ::

Tym check imegresen aritu mmg lama sgt.
hampir dua jam.
mana lg mau tngu beg.
cek cabin luggage lagi.
capik!!
:: Bibi, Babu Lina n Aydeen :: muka kecapikan ::

Pastu....
kami disambut dgn kebisingan para2 driver yg offer bus.
tapi..hehe..
terpampang nama mama,'Rokiah Jaafar" dari jauh.
Perkenalkan Mas Adi.
(maaf.nggak ada fotonya.)
:: excited masuk bus ::

Then direct we go to Bandung.
Lamanya.
Suma yg ada dlm bus tidor.
Perjalanan yg jauh la katakan.
Kedengaran bunyi dengkur.
Bkn sorng jak.haha.
Capik bha tu.

Aku pun tdor juga.
Tapi kerana excited, tdor cuma sekejap jak.
Masa dibuang hanya dengan melihat suasana malam di Indonesia dari dlm bus.
Lalu Jakarta...xtau pa lg...pelik2 nama tempat di sini.

Tdor..bgn..tdor..bgn..
Mcm lama plak masa berlalu kan.
Sekali bgn.Kami berada di perhentian rehat.
Pi tandas jap.Terlalu sejuk dlm bus tu.hee.

Pa yg mengejutkan di sna.
Subhanallah!!
Tergamam seketika.
"pa yg besar ni?"
Ya Allah rupa-rupanya Masjid.
Kalo di Malaysia di R&R cuma ada surau jak kan.
Tapi di sini. Masjid terus.
Kagum dan bangga.
Dan pastinya ramai di dlm.
Terus fikiran melayang memikirkan betapa indahnya agama Allah di bumi Indonesia.

Kami sampai di kota Bandung jam 4.30 pg waktu Malaysia.
Di sini cuma lambat sejam dr Malaysia.

Pak Supirnya nggak tau dimana De Tropis yg bakal kami duduki selama beberapa ari.
Jadi kami tersesat sebenter kok.
Haha. (ngam ka?)
Tapi Alhamdulillah.ketemu jua guesthousenya.
Aku sarankan korang carilah tempat laen kalo nak bermalam di Bandung.
Tempat tinggal kami ne dlm kawasan perumahan.
Tempat menarik pun xda yg berdekatan.
So.surf the internet.
I don't know where the best is.
Cuba try Rumah Ebo.
Mahal ckitla dari De Tropis.
Subuh di sini awal.
jam 5.30 pg sudah terang benderang. Jam 6.00 org sudah berpeleseran mencari rezeki.

Jam 8.00 kami bertolak ke Pasar Baru.
Bukan jual ikan tapi barang keperluan spt baju,seluar,tudung da
n mcm2 lg.
Majet pastinya.
Berbeda dgn di Malaysia.
org2 Malaysia ikut peraturan tapi kalo di sini.
maen reda jak bha.
Nyilu aku rasa bila tgk kenderaan2 di sana jln punya men dkat.
xda signal.
xtgk blindspot.
hon.
pentingkn diri.
Tapi yg peliknya x accident.

Masuk jak pasar pagi.
my 1st impression.
Woww!!
besarnya!

Ramainya!
Cantiknya!
Putih mata.
Rugi kalo org xpi Pasar Baru.
Pelbagai brg bleh dpt disna.
Tapi Mama ckp Dasar 1 n Dasar 2 bahaya.
Ada penyamun sna. Guna pukau lg tu.
So sapa pi sna. Jgnla berani2 mau masuk jauh ke dalam.
Kalo nak jgak kat luar2 jak la. Pi la lantai 1 until lantai 7.
Lantai 8 foodcourt.
Lantai 12 surau.
benda pertama yg aku beli adalah baju tidor.
xda bju tdor bha. :D

Naik lantai 1.
alamak!
"akak,beli kenangan dr bandung kak."
Kiri kanan ada penjual (xda kdai) suruh kami beli brg2 yg dijual.
Bkn xmau tapi xminat.
Then masing2 beli brg yg dorng mau beli.
Pastinya susah mau atur 24 org dlm 1 masa.
Lg2 rombongan kami ne byk bdk2 ikut.
Syukurlah dorang xbetebiat sgt.

Naik lantai 2.
Baru jak best2 tgk telekung. (Lawa coraknya)
Tapi.....
sumanya terbantut.
Kami dikejar lebih dari 5 penjual paksa kami beli brg2 dijual mereka.
aduh pak..
Nenek Wan kena kejar oleh penjual air paksa nenek beli milo.
Penjual2 pujuk bdk2 beli air.
Pujuk kami beli keychain, beg.
Adeyh.malu sudah kami.
Suma org pandang.
Bising.
Babah marah uda.

Kami lari naik ke Lantai 8.
Makan.
Ini lg teruk.
Kami diserbu.
"Akak, ini set makanannya."
"Ini kak."
Ya Allah.jgnlah dekat.Ish!
Aku mau mkn bakso.
Diam.
"Akak, menunya."
"Ini kak."
Memaksa.
"Akak, mau ini?"
"Ini kak."
"Ini aja kak."
Allah.............
Sakit kepala.
Malu.Suma org pandang kami.
"Ma, mama jak la pilihkan."
Last2 aku mengalah.
Makan jak. Lapar uda ni.

Dorng berhenti bila kami uda putuskan mau mkn pa.
Gila memaksa ni.
So, sapa2 yg mau membeli belah di Pasar Baru.
Don't eat there!!
Amaran keras. Carilah tempat laen kalo xtahan dgn bising.

:: Babu Jimah :: selera pun hilang bha oleh besdia ::
:: Babah n Mama :: makan jak la pa yg ada ::
:: babu ieda, iera n bibi ::

Kami teruskan membeli baju.
Pastinya aku sakan membeli.
Hehe.
dis is my 1st tym bha.
double gitu.


Keluar jak dari Pasar Baru, suma penjual kejar kami.
Dari depan Pasar Baru tu smpi tempat parking bus kami. (Jauh lg tu)
Ya Allah.Aku bersimpati dgn dorang ni.
Mana ibu kendong anak minta sedekah.
Then kami naik bus tapi kan.....

dua org pemain muzik jalanan naik bus kami tanpa diundang.
Tapi kami dgr jak la dorng dendang lagu.
Bleh tahan gak sora pria tu.
Lau masuk AF pasti juara.

Then terus ke Rumah Mode.
huuu.tempatnya sungguh exclusive.
Suma org2 kaya Indonesia di sna membeli belah.
Mahalnya kalo ikut duit rupiahla.
Kalo duit RM pastinya murah dikit.
Hehe.
:)

:: Babu Oni :: posing jgn xposing ::


Then makan mlm di Pak Cik Met Ikan Bakar.
:: habis dimakan.licin gitu :: sambalnya pedas n sedap ::

:: Dah mkn posinglah kan ::

Bila sampai sna azan sudah berkumandang.
Owh ya.
Dlm perjalanan ke restoran tu.
Aku tergamam jap tgk byk motor parking.
Ada apa ni.Rupa2nya tmpt itu merupakan perkarangan masjid.
Tgk jam mau maghrib uda.
Subhanallah!!
Ya Allah.
Sungguh bertuah bumi Indonesia ini.

Sampai di De Tropis mau dkat jam 9.00.
Pak Supir sesat lagi bha.adeyh.
Rest.




Wednesday, December 8, 2010

Here I come~

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
InsyaAllah kami sekeluarga akan menjejakkan kaki ke bumi bertuah Indonesia.
Kali ni. Bkn kami jak tapi ada gak sedara yg laen.rombongan gtu.
Hee..sewa coaster kan.Moga dgn rombongan ini membuatkan silaturrahim antara kami makin utuh.InsyaAllah~

Well.dis is my first tym jejak d indonesia.Dorang suma penah pi.Aku jak xpenah.
Almaklumla.Ada komitmen yg laen.

Aku excited sgt3.
WHY?

bkn apa.untuk menjelajah lagi bumi ciptaan Allah ne.
Apa guna mata kalo x melihat keagungan Allah.
Subhanallah~
Dia Maha Besar.

KAWAH PUTIH.
Org cakap. Tempat ni seperti Syurga Yang Tercicir.
Tgk dari video.bleh rasa gak permandangannya yg cantik.
Xsbr rasanya menjejakkan kaki di sana.
Mama cakap hari yg kedua kami pi sna.hati melonjak-lonjak.


Subhanallah~
Cantikkan?
Xsabar rasanya.

TANGKUBAN PERAHU

Di sini merupakan Gunung Berapi setinggi 2.076 m.
Dapat dilihat sulphur mendidih.Huhu.
Xsabar~
Diberi nama Tangkuban Perahu sebab kalo kta tgk dr jauh seperti sebuah perahu yg terbalik.
Subhanallah~
Ada legenda tersendiri.


Xsabar mau menjejakkan kaki ke dua2 tmpt ni.
Moga perjalanan kami nnt diberkati Allah.
Amin~

Ini masa untuk kita memuji kebesarannya.

May Allah bless.

Monday, December 6, 2010

::: HIJRAH :::


"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibu bapaku,dosa-dosa ahli keluargaku,dosa-dosa para pendidikku,dosa-dosa shbt2ku,dosa-dosa para muslimin smada yg masih hidup atau sudah meninggal dunia"

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW,para sahabat baginda yang sentiasa meneruskan perjuangan,ahli keluarga baginda yang xpenah jemu mendampingi beliau.

Alhamdulillah.Allah masih mengizinkan aku menghirup udara segar milikNya. Sudah sekian lama aku x mencoret d blog kesygnku ini.Kesibukan duniawi menghambat diri ini.

Xlama lagi lembaran baru akan diselak.Tahun Baru Islam akan tiba.Alhamdulillah.lebih 19 tahun sudah aku menghuni bumi Allah ini tetapi betapa sikitnya sumbanganku kepada Islam.terasa iri hati plak dg shbt2 yg sudah mempunyai landasan dlm memperjuangkan agama Allah.diri ini masih terkulai mencari landasan untuk berbakti.mungkin blum tiba masanya.mungkin Allah blum ketemukan aku dgn hamba Allah yg bisa membawaku.hee.itu bkn persoalannya di sini.

Apakah erti hijrah kepada aku?
Terus-terang aku katakan. bila msuk tahun baru.pasti akan aku ingt penghijrahan org Islam dr kota Makkah ke kota Madinah. Salah satu kisah yang amat aku sukai. Siap dgn lagunya lagi.hehe.

Tapi.....

Makin aku dewasa. Aku mulai sedar. Kisah2 seperti itu merupakan satu petunjuk untuk kita umat2 Islam berfikir. Tanpa HIJRAH, Islam x akan sampai kepada kita sprti hari ini. Tanpa HIJRAH juga, Tamadun Islam x akan wujud. Tanpa Tamadun Islam, xda teknologi,ilmu dan pendidikan seperti arini. Tamadun lain terutamanya Tamadun Barat mempelajarinya melalui Tamadun Islam. Aku bangga dengan Islam tika itu. Alangkah seronoknya jika Allah menghidupkan aku waktu Islam berada di kemuncaknya. Tetapi.Aku tetap bersyukur. Ada pengajaran yg kita dapat dr itu. Kenapa Islam membangun?Kenapa Islam jatuh sehingga kini?

Jawapannya ada pada kita.
HIJRAH.
bkn hijrah tempat.tetapi hijrah pada diri.
hijrah dari yang jahat kepada baik.yang baik kepada lebih baik.

Bila kita lihat sekeliling.Ramai masyarakat Islam sedar akan kebaikan Islam itu sendiri.

Tapi....

Xda perasaan dalam diri mereka untuk berjuang bersama2 mereka yang memperjuangkan Islam.

Misalnya,wanita di luar sna. Mereka tahu aurat itu wajib ditunaikan. Melabuhkan tudung ke dada ada dituntut di dlm al-Quran. Mereka sendiri akui.

Tapi...

Masih leka dgn keinginan diri. Mereka kata "Tunggulah.hidayah Allah belum sampai."
"Aku xlayaklah bertudung litup cm tu."

Wahai sahabat2ku.bukan hidayah Allah yg kita perlu kejar.Kesedaran pada diri yang perlu ada.Apa gunanya akal yg Allah kurniakan itu?Berfikir bukan?
Fikirlah apa tujuan kita di muka bumi ini?
Fikirlah bila agaknya ajal menemuimu?

Buatlah HIJRAH dlm diri anda.

Kenapa?
Takut?

Aduh.Sahabat2ku.

"Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah org2 yang asing itu"

Sahabat lalu bertanya" Ya Rasulullah. Siapakah orang asing itu?"
Rasulullah menjawab,"Itulah org yang berbuat kebaikan di waktu manusia berbuat kerosakan."

HR Muslim.

Shbt2ku. Nabi sudah memberi jaminan betapa untungnya org asing itu.
HIJRAHlah wahai shbt2 ku.

Mungkin kta xdpt menolong agama Allah ini dengan dakwah.
Tetapi tolonglah agama Allah ini dengan menunjukkan Islam yang sebenarnya.

May Allah bless.





Tuesday, June 22, 2010

:: konspirasi FIFA 2010 :: Olimpik 2012 ::

Sya baru shaja bukak msj d Facebook sya..
Penghantar bg 1 link dgn sya..

Mmg terkejut tapi itulah kenyataan dunia skrg..
"ONE WORLD ORDER"

FIFA WORLD CUP 2010

Yg kita suma tau..World Cup sedang hangat skrg..
Ada yg snggup bgn 230 pg semata2 tuk menyaksikan pasukan kegemaran msing2..
Dlm kita x sedar..
Musuh-musuh Allah sedang memperdayakan umatNya..

Cuba perhatikan gambar di bawah ni..Jahbulon adalah upacara dewa Freemasonik.

Hebatnya permainan musuh Allah ne kan??

.
Bukan sya nak suruh peminat2 bola tuk tinggalkan FWC ne..
juz sekadar perkongsian & peringatan..
Musuh Allah x akan berdiam diri..

So kita mesti alert dgn perkara2 sekecil zarah ne..
Mereka tidak akan berhenti selagi Islam masih di dunia..
Jadi kenapa kita harus leka dr suma ne??

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad
) sblm engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah petunjuk yang sebenarnya'. Dan jika kau mengikuti keinginan mereka setelah kebenaran samapai kepadamu, tidak akan ada pelindung dan penolong dari Allah."

(al-Baqarah : 120)

Olimpik 2012

2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL

So shbt2..kita perlu sentiasa berwaspada..
Yg kontrol dunia ne adalah musuh Allah..

Moga Allah memberkati umatNya..

Sumber :: http://feryco.com/konspirasi-dunia-world-cup-2010-dan-olimpik-2012


Friday, June 18, 2010

:: UMS :: my next destination ::

:: Kejuruteraan Perisian ::

Alhamdulillah..syukur kpada Allah..
He answered my pray..

I got it di UMS..

oke ka 2??

rmi yg ckp oke..tp aku neves gila neee..

rmi kwn2 yg dpt di semnnjng..

Jeles??

yaa..a bit..

tapi.. aku yakin..

inilah yg terbaek tuk aku..

Allah know it better..

2la..keja aku ngadap laptop jak tiap2 ari..

so Allah bg aku ne arr..

aku msih kabur2 sal perisian ne..

tp..

yg aku tau mmg sal komputer..

May Allah bless me..

lg 1..

aku mmg ditugaskan Allah tuk jga adik2 d SEMAI ( my school) ..

so dgn dkatnya aku dgn SEMAI..aku akan pantau dorng cmna..

Moga Allah sentiasa bersamaku..



Monday, June 14, 2010

:: trip to Kundasang ::

Alhamdulillah..
Kami 1 famili wif Bu Lina wif kids dpt meneruskan rancangan kami mau pi Kundasang..juz Bu Lina ikut tym last2 min..

So..we start our journey from our beloved home(Melinsung Bay) around 7 am..it's really jammed..
well since it's Friday(workday)

We got problem to jalan awal coz keta Bu Lina ganti tayar baru since tayarnya haus..

Papun..kami tetap jga meneruskan perjalanan at 9 am..(alhamdulillah..jlnla jga kn..)

Well..dlm perjalanan 2..i realise something weird..
"Ya Allah..kamera tinggal di kereta Kelisa..omo.."

Bu Lina ketawa jak n direct she call mama..
Mama pun marah arr..huhu..
sedih..seram sejuk aku tym 2 weyh..
First, kamera 2 kat mama then aku ne amai sgt mau guna 2 kamera..
SS arr 2..ahaha..

But suddenly..Allah itu sentiasa ma aku..

"Cua tgk dulu dlm Bu Lina pnya beg..manatau ada.."

"Xda 2 Bu Lina..tnggal di keta Kelisa 2.."

Then aku cek arr beg Bu Lina..aku selongkar..(besala beg Doraemon kan ahaha.)
Ada kamera 2..sejak bila aku letak sna..
S'ingat aku,aku ltak di tmpt laen..
well..suma ne kerja Allah..aku yakin 2..even more..

"Eee ada.."

Punya maen hepi aku tym 2..
Trus aku senyum2..(yala..td muram..ahaha.)

"Tula..syukur ada..mun ndada..kempunan kan begmbr.."

Alhamdulillah..

Syukur mama xmarah bha..

=))

Alhamdulillah kami smpi di Phillip's Garden dlm jam 11..anginnya sejuk..
wow!!!Gunung Kinabalu juz in front my eyes..
Lawanya..Subhanallah~

Act kami stay di area Mesilau..
where u can see behind the Mount Kinabalu..

Sejenak berfikir..
"Ciptaan yg Indah ne pasti punya pencipta yg Indah"

Kami rehat jap..
Pening plak kepala aku tau..ayong aku bha..

Mama masak..Jali & Aymaan maen game(besala boys kan)..
Baba bca news..Bu Lina..ntah..
yg laen wat hal masing2 arr..
aku..??..

TGK DI LUAR ARR..ahaha.

Tetiba kan..kami kna suruh pindah..y??
coz..umah kami tu supposed ada org uda..so..pindah umah la..

After kami pindah rumah..masak jak sup ayam..trus kami cekup..
Lapar bha..udala sejuk..huhu..
Sedap makan sup panas2..

Jam 2 kami pi jln2 di area2 mesilau 2..
pa lg..lami begmbr arr..
Lawa..
:: BEST of US ::

First kami pi Cattle Farm where cows there..
ahaha..lawa..mcm di luar negara..
babah beli susu segar dr sna..sedap..beli perisa coklet bha..
=PP

kami sempat bergmbr juga..hehe..luv it!!!:: tgk perah susu lembu :: :: guna teknologi moden ::
:: Mama & Babah :: luv forever ::
:: gmbr 1 famili ::

Then..kami truskan perjalanan..

Mesilau Nature's Park

xda jga pa2 d sna..ada jga gmbr2..
tapi..
sik bleh tgk..ahaha..

Then kami blik umah..

After dat..aku ikut mama & Bu Lina pi pekan jap..
Mau beli buah..
Yg segar pnya bha..
Alang2 uda di Kundasang bha..

Mlm 2 aku tido awal..
Sakit perut..ABC..

Then..nxt morning..
Aku bgn awal..
Trus pi luar..
Sejuk menggigit tubuhku..

Dorng lea pi tgk burung kakak tua lg bha..
Siap bg salam lg burung 2..

Ahaha..

Then kami check out..

Meneruskan perjalanan ke Sg Tagal..

Well..di sna kami rendam kaki kmi & biarkan anak2 ikan di sna gigit..
Geli weyh..
Ahaha..
Tpi kan..ada jga ikan besar..tkut kau bha..
Ahaha..
:: Before leaving Sg Tagal ::

Then..kami pulang arr..
Penat bha..

Keta kami lg ada msalah dgn aircond..
After drop Bu Lina di umahnya..
Kami direct cri bengkel..
Alhamdulilah dpt jga..
But..harganya..RM900+..
mampuii..

After siap..kami blik umah..
Bout 6 bru smpi umah di Melinsung..
Alhamdulillah..
Wat a journey??




:: Bila cinta terusik ::

Daniella mengorak langkah laju keluar dari perpustakaan. Dia baru sahaja menyelesaikan assignment yang perlu dihantar minggu hadapan. Bagi Daniella, tugasan yang memerlukan kajian itu perlu diselesaikan dengan segera agar tugasan itu dapat dihantar segera bagi menyenangkan dirinya sendiri. Takut-takut tugasannya tidak diterima jika dia menghantar last minute. ‘Alhamdulillah, syukur..dapat juga aku abiskan’ gumam Daniella.

Tanpa melengahkan masa, Daniella terus menuju ke arah Sekolah Kejuruteraan Teknologi & Maklumat. Hasratnya untuk terus menghantar tugasan itu. Kalau ada kesempatan, dia mahu pensyarahnya itu memberi komen atas tugasannya.

Pintu bilik En. Saifuddin diketuk. Sepi. Nampaknya pensyarah Kimia itu tidak ada di pejabatnya. Daniella cuba membuka pintu itu. Tidak berkunci. Perlahan-lahan Daniella memasuki bilik pensyarah kegemarannya itu. Dia meletakkan tugasannya di atas meja En. Saifuddin. Daniella mengeluarkan sticknotenya. Daniella menulis sesuatu. Selesai melekatkan nota itu di atas tugasannya, Daniella bergegas untuk meninggalkan bilik itu. Belum sempat Daniella memegang tombol pintu, pintu itu dibuka dari sebelah.

BUKKK!!!

“Aduh!” jerit Daniella. Semua buku Daniella berjatuhan.

“Eh, maaf. Saya tak sengaja.”

Daniella terduduk dengan memegang kepalanya yang terhantuk. Pedih rasanya. Daniella mendongak. Dia melihat seorang pemuda sedang melihat ke arahnya. Cemas. Daniella mengemas semula buku-bukunya yang berjatuhan dan terus berdiri. Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri dan asyik melihat Daniella. Daniella terus berlalu dari situ. Lelaki itu masih tercengang di sana. Daniella tidak mengendahkan lelaki itu.

“Tunggu sekejap.” Lelaki itu bersuara. Langkah Daniella terhenti. Daniella menoleh. Lelaki itu menghampirinya. Daniella cuba menjarakkan diri dari lelaki itu.

“Daniella Syahirah kan?”Lelaki itu bertanya. Daniella mengangguk, hairan.

“Tak kenal aku?”soalnya lagi. Daniella menatap muka lelaki itu. Penuh penghayatan. Terusik hati si jejaka. ‘Macam kenallah lelaki ni, tapi dimana ya?’ desis Daniella.

“Sampainya hati kau tak kenal aku. Aku la..fasilitator seperjuangan kau time orientasi kat kolej dulu. Kau tak ingat kah? Harris la ni..” beritahu lelaki itu. Daniella tergamam. Hatinya berdegup kuat. Lelaki di hadapannya ini merupakan insan yang pernah mencuit hatinya walaupun perkenalan mereka hanya sekejap. Mereka berdua antara bekas pelajar yang terlibat dalam menguruskan orientasi di kolej mereka. Harris dua tahun lebih tua dari Daniella. Itu yang membezakan mereka berdua tetapi tugasan fasilitator itu telah menemukan mereka berdua. Bukan sekadar kenal. Harris gemar mengusik Daniella. Daniella hanya tersenyum menerima usikan Harris.

“Maaf Harris. Tak perasan aku. Kepala aku ingat sal assignment tadi sampai tak tengok orang. Maaf ya,” balas Daniella. Dia cuba menyembunyikan perasaan gundahnya.

“ Tak sangka kau masuk UMS. Kau tak bagitau aku pun kau dapat kat sini. Dah nak abis semester baru aku nampak kau kat fakulti ni. Kau amik kos apa?” Tanya Harris. Mata tidak berganjak dari melihat Daniella. Di mata Harris, Daniella manis orangnya. Tidak jemu mata memandang.

“Amik kos Kejuruteraan Kimia. Sama macam kau. Cuma aku lambat setahun dari kau,”jawab Daniella. Daniella tidak membalas pandangan Harris. Lain yang jadi nanti.

“Iyala..aku kan tua dari kau,” balas Harris. Daniella hanya membalas dengan senyuman. Senyuman itu membuat hati Harris tak keruan. Sepi antara mereka. Daniella hanya tunduk memikirkan cara untuk melarikan diri. Harris pula melihat ke arah sekumpulan pelajar yang sedang membuat study group. Hatinya disentuh lagi.

“Erm..Harris..aku jalan dulu. Ada kelas jam 10 ni. Assalamualaikum.” Akhirnya Daniella memecahkan sepi antara mereka.

“Waalaikumsalam .”

HARRIS sedang meneliti nota yang baru disalin dari rakan sebiliknya,Abraham yang juga merupakan rakan sekuliahnya. Demam melanda dirinya. Kini, Harris berada di tahun yang terakhir. Dia bertungkus lumus untuk mencapai kecemerlangan. Pengorbanan perlu ada untuk mencapainya.

“ Ris, tadi aku jumpa dengan Daniella time keluar dari dewan kuliah tadi. Maybe dia ada lecture after lecture kita tadi,” beritahu Abraham sambil mengeluarkan buku dari beg sandangnya. Diam. Walaupun Harris diam tapi fikirannya menerawang memikirkan saat terakhir dia bersemuka dengan Daniella dua tahun dulu. Selepas itu, dia jarang ketemu dengan Daniella. Kalau ada pun, dia hanya tersenyum. Begitu juga dengan Daniella. Tiada bicara harus diluahkan antara mereka. Kadang-kadang, Daniella cuba melarikan diri darinya. Harris bingung dengan kelakuan Daniella. Apa salahnya?
Harris hanya mampu meluahkan rasa hatinya kepada Abraham. Abraham juga mengenali Daniella. Harris pernah menunjukkan kepadanya semasa mereka terserempak dengan Daniella di 1Borneo. Hati Harris terguris apabila melihat Daniella bersama seorang lelaki di perpustakaan tempoh hari. Apabila diselidik, rupanya lelaki tersebut tergila-gilakan Daniella hingga sanggup mengekori Daniella kemana saja. Lebih dahsyat lagi sehingga Daniella terpaksa tidak menghadirkan kelas selama seminggu.

“Sampai bila kau nak pendam perasaan kau ni Ris? Kalau aku jadi kau, lama dah aku tackle Daniella tu. Kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai Daniella tu dikebas orang. Aku dengar ramai yang minat kat dia tapi Daniella tolak. Peluang kau masih ada Harris.” Suara Abraham memecahkan kesunyian.

“Bukan aku tak mahu Ham. Cuma aku rasa masa tak mengizinkan sekarang ni. Aku nak tumpukan masa aku dengan studi. Tak lama lagi nak final. So, aku nak amik perkara ni serius. Bab Daniella tu belakang kira. Bila dah sampai masanya, aku akan melamar dia sebagai isteri aku,”jawab Harris.

“Isteri?”soal Abraham,terperanjat.

“Iyala..kau ingat aku ni jenis yang nak bawa anak dara orang ke sana sini tanpa sebarang ikatan?Aku nak dia halal bagi aku. Prinsip aku tu Ham,”balas Harris.

“Kau buat aku bangga kat kau lah Harris. Aku tabiklah kat kau.” Harris hanya tersenyum mendengar pujian dari sahabat baiknya itu. Bayangan Daniella menjenguk dalam fikirannya. Harris mengeluh.

DANIELLA bersyukur atas nikmat yang diberikan ALLAH kepadanya. Dia mendapat Anugerah Dekan. Keluarganya amat berbangga dengannya. Kegagalan mencapai kecemerlangan di matrikulasi dulu memberikannya semangat baru untuk mengejar impiannya.
Daniella selamat sampai ke halaman kampungnya. Keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaannya. Rasa syukur tidak lut dari hati Daniella.

“Ada yang datang melamarmu, anakku,”beritahu Mak Kiah, ibu Daniella ketika mereka menyapu halaman rumah sesudah kenduri selesai. Daniella tergamam. Langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah ibunya.

“Ibu terima?”soal Daniella.

“Tidak, ibu perlu tanya dengan Daniella. Ibu minta mereka memberi masa untuk kita bagi jawapan kepada mereka,”jawab ibunya sambil membelai kepala Daniella yang dilitupi tudung.

“Illa setuju?”soal ibunya. Daniella diam.

“Orangnya baik?”soal Daniella tanpa menjawab persoalan ibunya.

“Alhamdulillah. Orangnya nampak baik. Pemalu. Keturunannya juga baik. Ibu suka melihatnya,”jawab ibunya tanpa menyembunyikan apa-apa.

“Illa kenal?”tanya Daniella lagi.

“Dia cakap..Daniella kenal dia,”balas ibunya. Daniella berfikir. Siapa agaknya yang melamar dirinya?Tidak mungkin dari halaqah usrah yang disertainya. Mereka pernah meluahkan perasaan mereka kepada Daniella tapi ditolak oleh Daniella kerana dia yakin hatinya milik orang lain.

“Daniella terima lamaran itu ibu. Hati Illa tidak ragu dengan lamaran ini,”beritahu Daniella. Walaupun tidak bersua muka tetapi hati Daniella yakin untuk menerima lamaran itu. Pandangan hati yang tidak berunsurkan nafsu dan akal adalah dari ALLAH. Daniella yakin itu. Ibunya tidak membantah. Mengerti dengan anak sulungnya itu.


HARI yang dinantikan tiba jua. Pernikahan Daniella akan dibuat di rumah keluarganya. Debaran semakin kuat. Daniella masih belum tahu siapa gerangan bakal suaminya itu. Dia sengaja tidak ambil peduli walaupun berkali-kali ahli keluarganya memberi hint tentang bakal suaminya itu.
Usai solat jumaat, tetamu yang hanya dihadiri dari saudara terdekat dan sahabat pengantin memenuhi ruang tamu rumah itu. Daniella ditempatkan di bilik. Pintu dibiarkan terbuka agar pengantin perempuan dapat mendengar sesi ijab kabulnya.

Pengantin lelaki sudah tiba.

Majlis bermula.

“Aku terima nikahnya, Daniella Syahirah binti Abu Bakar dengan mas kahwin RM100 tunai.” Dengan sekali nafas sahaja pengantin lelaki itu melafazkan. Sah? Sah...Sah...Sah!

Tidak semena, air mata Daniella gugur. Kini dia menjadi hak suaminya. Tiba ke acara pembatalan air wuduk. Daniella berdebar. Dia dapat merasakan jantungnya berdegup pantas. Dia bakal mengetahui siapa suaminya.
“Assalamualaikum.”Pengantin lelaki memberi salam. Semua di dalam bilik tersebut menjawab salam. Ceria.

Hanya Daniella tunduk. Sejuk tangannya. Ibu menyerahkan cincin kepada pengantin lelaki itu. Lelaki itu memegang tangan Daniella. Erat. Darah meresap ke muka Daniella. Inilah pertama kali lelaki memegang tangannya. Lelaki itu menyarungkan cincin ke jari manis Daniella. Giliran Daniella menyarungkan cincin ke jari lelaki itu. Pengantin lelaki itu menolehkan pandangan Daniella ke arahnya. Lelaki itu
tersenyum melihatnya. Terperanjat Daniella.

“Harris.”Daniella bersuara.

“Kenapa?Terkejut?”soal Harris sambil mengenyitkan mata. Daniella tersipu. Tetamu yang berada di bilik hanya mampu tergelak melihat karenah pasangan pengantin baru ini.

Harris mencium dahi Daniella. Sekali lagi, air mata Daniella gugur. Harris mengesat air mata Daniella.

“Berbaloi juga Harris tunggu sampai ke saat indah ini,”bisik Harris. Hati Daniella tersentuh. Air matanya mengalir lagi. Bahagia terasa.

hasil nukilan :: ieka noriko ::

Sunday, May 16, 2010

memulakannya semula

lama dah tak jenguk blog ne kn??
bknnya pa...ada komitmen laen...insyaAllah after dis sya akan stick dgn blog ne la...
doakan sya agar dpt menjalankan dakwah sya di dlm blog ne...
zaman kini kita perlu kreatif dlm menyebarkan dakwah...

Allah is enough for me...