Wednesday, August 21, 2013
Syukur Alhamdulillah.. cadangan PTPTN disenaraikan dlm CCRIS tidak diteruskan..
Syukur Alhamdulillah.. kalau betul apa yg dikatakan oleh KJ ni benar dan cadangan PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS.. amatlah berbahagia orang2 yg meminjam PTPTN.. aku pun tumpang gembira gak.. seriusly td pg aku sgt2 panik smpi aku soh kwn2 aku pi kol pegawai bertanggungjawab PTPTN..
aku pun heran sbnrnya kenapa kerajaan boleh ada fikiran nak cadangkan perkara mcm ni.. dahla xnak bg pendidikan percuma.. tmbh lg dgn bunga yg sedia ada.. betul2 cekik darah.. mentang2 dia cuma pilihan yg orang ramai ada.. majoriti yg meminjam adalah dr golongan yang tidak berkemampuan.. bukan meringankan beban namanya.. itu menambahkan beban kepada mereka..
pemimpin harus sedar yg pelajar masa kini adalah antara peneraju ekonomi yang amat besar kepada negara di masa akan dtg.. kau bg pendidikan percuma kepada 100,00 pelajar every year.. n dlm masa 10 tahun akan dtg kau akan dpt pulangan yang hebat.. it is just y two cents.. nak cakap negara kita ni xda duit.. tk jgak.. x jgak kaya.. tapi dgn ada PETRONAS.. hasil bumi di Sabah n Sarawak.. kat Semnnjng.. pelancongan.. n tentu sekali cukai yg kita bayar.. cukai jalan, cukai kereta, cukai pintu..mcm2 jenis cukai ada.. takkanlah xboleh dpt pndidikan percuma..?? kan??
kadang2 kerajaan ni lupa.. yg generasi sekarang dh celik.. dh pandai menilai.. generasi bijak pandai.. generasi Y la katakan.. semua ada di jari kami skrg.. kau xboleh treat rakyat mcm kau treat rakyat 20 or 30 tahun yang lalu.. xboleh.. even kau tgk kawan kau ni nampak warak tpi di kepala byk input.. byk benda yg dia boleh debatkan sbb.. maklumat di hujung jari.. kau cari n kau dpt.. kau nilai n kau kritik.. ya.. itulah realiti generasi skrg..
#PrayForEgyptSyriaPalestin
PTPTN msuk CCRIS??
memang tengah panas isu ni sekarang.. walaupun aku ni bukan peminjam PTPTN.. but kawan2 aku ramai yg amik bendalah ni.. mgkn bg mereka PTPTN ni perlu utk meneruskan pelajaran..
tapi org lupa pendidikan ini sebenarnya hak asasi kita sebagai rakyat n pemimpin sepatutnya bg FREE je kalau nak study.. ye dok?? jgn nak kata aku ni penyokong tegar PR ye.. tpi itu memang tanggungjawab pemimpin..
berbalik kepada topik kita..
kenapa perlu PTPTN ni disenaraikan di dalam CCRIS?
jgn dulu panik.. sebenarnya kerajaan ingin menyenaraihitamkan peminjam yg ingkar sahaja.. bukan semua ye.. yang ingkar sahaja.. yala kalau dh pinjam tu bayarlah balik.. tym studi dulu kemain lg kau berbelanja sakan sampai x ingat duit itu duit pinjam.. orang kasi pinjam nak kau makan.. beli buku tuk bljr.. bukan berjoli beli belah.. beli gadget mahal apa segala..
CCRIS atau lebih dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dengan kerjasama Bank Negara akan menyenaraihitam peminjam ingkar. So, kalau kau nak apply loan tuk rumah, kereta, dll mmg kena BLACKLIST terus.. tpi kalau kau ni dengar cakap patuh dengan PTPTN kau bayar bersih every month insyaAllah segala loan kau akan diluluskan. aku dgr rmi kwn2 aku dh start dpt surat cinta dr PTPTN.. yaka? n rmi lg yg belum dpt kerja tetap.. so aku sarankan korng kol pegawai PTPTN korang n bincang sal jadual pembayaran korang.. please.. jgn tangguh2.. kalau bendalah ni jadi seriusly korang akan sengsara..
bagi aku perkara mcm ni ada PRO and CONS dia.. rmi yg pinjam PTPTN ni adalah dr kalangan org yg kurang mampu dr segi duit.. so PTPTN ni amatdiperlukan oleh mereka.. ya aku phm tak semua ibu bapa ada kemampuan nak byr yuran pengajian.. dgn CCRIS yg akan ada ni akan menyukarkan lg mereka2 yg x mampu nk byr balik.. org dh susah kau nak susahkan lg ke PTPTN????
anak2 yg ada mak bapa yang sanggup nak bayarkan yuran tu jgnlah memajalkan tangan anda tuk memohon juga ye.. dr apa yg aku nmpk skrg ni.. mostly cakap xnak susahkan mak bapa.. tiap2 bulan xnak minta duit dgn mak bapa tpi once kau dapat duit PTPTN tu kau berbelanja sakan.. smpi pertengahan sem kau dh pokai.. and last2 kau minta jgak duit mak bapa kau.. dh abis bljr tu.. dpt surat cinta kau suh jgak mak bapa kau tlng bayarkan.. kalau kau nk bayar balik xpala.. kau x kesian langsung ke kat mak bapa kau tlng byrkan.. sampai ke sudah tetap jgak kau susahkan mak bapa kau.. tolong fikir n bincang bebaik dgn mak bapa kau sal PTPTN ni.. ni bukan perkara memain ni.. ni duit ni.. kau ingat sng ke nak cri duit??
lagi satu kalau dh memandai nak pinjam duit.. kau pandailah jgak bayar balik.. jgn nak bising..
lagi satu kalau dh memandai nak pinjam duit.. kau pandailah jgak bayar balik.. jgn nak bising..
aku dah lama nampak PTPTN ni walaupun bagus utk masa sekarang tapi ia adalah malapetaka utk masa akan datang.. kau kena bg pinjam 20k kau bayar 26k..(contoh) gila byk bunga dia.. katanya utk pegawai yang uruskan bendalah ni.. kononnya.. kira mcm student yang pinjam tu bayar gaji kat pegawai2 tu la.. bukan septtnya free ka?? i dunno............
terus terang aku ni ditanggung sepenuhnya oleh BAPA AKU.. bukan aku ni anak orang kaya tpi bapa aku nekad juga nak bayarkan yuran2 pengajian n semua perbelanjaan aku.. termasuklah adik2 aku yg kat mesir n UiTM skrg ni.. biarpun smpi dia xmampu nak belikan seluar dalam utk diri dia sendri..(serius ni bapa aku cakap) sebab dia ckp PTPTN tu tipu.. dia xnak anak2 dia susah bila abis belajar.. keluar2 dr U.. PAP!! senarai hutang kau yang berlambak.. senanglah kau bayar kalau kau dpt kerja.. kalau kau susah nak cri kerja mcm mana?? dgn situasi sekarang yg susah sgt nak cri kerja yg sesuai dengan kelulusan kau.. tapi aku doakan semua kawan2 aku dpt kerja.. harap sangat2!! kesian aku tgk dgn orang yg pinjam PTPTN.. huhu..
ni hanya pendapat dr aku.. kalau korng ada pendapat lain.. let me be that way.. HAHA
#PrayForEgyptSyriaPalestin
Saturday, August 3, 2013
Snow Princess Cheese Cake
*saja nak buat nama tu gempak sikit*
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 1 buku Cheddar
2) 1 buku Phidelphia
3) 2 cawan tepung Optima
4) 4 biji telur
5) 1 sudu teh minyak masak
6) 1 sudu teh esen vanila
7) 1 tin susu manis
Cara-cara membuat:
(Sponge Cake)
- Masukkan tepung, telur, minyak masak dan esen vanila ke dalam mixer.
- Putar hingga putih dan sebati.
- Masukkan dalam oven dlm suhu 160C dan masak selama 30 minit.
KEK SIAP!!!
(Cream Cheese)
- Masukkan 1 tin susu dan 1 buku Cheddar dalam mixer.
- Putar sehingga sebati. Pastikan jangan berketul-ketul
- Kemudian, ratakan cream cheese ke atas kek yang dah siap.
- Parut cheese Phidelphia atas kek sehingga puas hati. HAHAHA
Cheese Cake anda siap!!
*dah cuba 2 malam yg lalu n seriusly sedap!!!!
p/s : cream cheese tu boleh guna utk 3 biji kek
Selamat Mencuba!!
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 1 buku Cheddar
2) 1 buku Phidelphia
3) 2 cawan tepung Optima
4) 4 biji telur
5) 1 sudu teh minyak masak
6) 1 sudu teh esen vanila
7) 1 tin susu manis
Cara-cara membuat:
(Sponge Cake)
- Masukkan tepung, telur, minyak masak dan esen vanila ke dalam mixer.
- Putar hingga putih dan sebati.
- Masukkan dalam oven dlm suhu 160C dan masak selama 30 minit.
KEK SIAP!!!
(Cream Cheese)
- Masukkan 1 tin susu dan 1 buku Cheddar dalam mixer.
- Putar sehingga sebati. Pastikan jangan berketul-ketul
- Kemudian, ratakan cream cheese ke atas kek yang dah siap.
- Parut cheese Phidelphia atas kek sehingga puas hati. HAHAHA
Cheese Cake anda siap!!
*dah cuba 2 malam yg lalu n seriusly sedap!!!!
p/s : cream cheese tu boleh guna utk 3 biji kek
Selamat Mencuba!!
Friday, August 2, 2013
#Ramadhan24
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini adalah Jumaat yang terakhir untuk bulan Ramadhan ini..
pasti ramai yg xda mood nak kerja.. xda mood nak belajar..
semua fikiran dh balik ke kampung halaman ye dok?
hahaha..
aku pun xda mood jgak nak buat kerja di opis ni..
dgn sejuk2 aircond ni buat aku nak fall asleep jak..
padahal nak kena present dgn Boss right after raya..
dahlah nak cuti balik kampung minggu depan..
ya.. arini last aku kerja before raya..
so mood nak balik tu mmg tahap maksima la.. infinity
hahaha..
n tak sabar jugak nak habiskan praktikal akhir bulan ni..
n aku hope sgt aku dpt bagi yg terbaik utk praktikal aku ni..
hope system aku boleh siap before aku abis..
ya Allah permudahkanlah..
sebenarnya bukan nak celoteh sgt pun..
just aku nak kongsi cerita..
muhasabah sikit.. eh banyak time bulan Ramadhan ni..
cerita ni masih fresh lagi dlm fikiran aku..
ada seorang Hamba Allah ni..
sekarang dia tengah mengalami masalah kewangan la..
after bajet2 tuk bagi duit raya dgn anak2 buah dia di kampung..
so duit mmg tinggal sikit la..
semalam.. dia ada jgak bg duit raya dgn anak2 kawan2 dia kat opis..
padahal duit dia dh nak abis..
kesian jgak tgk riak muka dia..
dia ckp : "xpala.. dah niat nak bagi.. bagi jela"
dia ckp lagi : "nak dapat pahala byk2 dlm bulan posa ni"
dia ada jgak ckp nak beli baju nanti bila dia balik KK tpi mcm x kesampaian jak hajat dia tu..
guess what??
tadi masa dia pi aktifkan kad bank Bank Rakyat dia..
kad bank dia hilang beberapa bulan yg lalu..
nikmat Allah yang tak disangka2 muncul tanpa dipinta tapi didamba..
saja jak dia nak tgk baki duit dia di bank tu..
dia memang yakin sgt xda duit dlm tu..
tu pasal la lama dia x perbaharui kad bank dia..
dalam akaun dia ada beratus2 ringgit..
gembiranya diaaaa..
dia syak betul dia ada tak sampai sepuluh ringgit pun..
then i realise.. ini semua dr Allah..
hamba Allah ini tak pernah nak berkira2 dgn orang lain..
biar pun duit xda.. dia tetap nak bg dgn org..
sikap pemurah yang ada dgn dia buat rezeki dia tak pernah putus2 dtg dr Allah..
even dtg sikit2 pun dia tetap syukur..
Ya Allah hebat betul org seperti ini..
kagum dgn dia..
sebak jgak sbb dia cerita dgn penuh gembira..
riak wajah pun mmg nampak..
happy for her.. :)
may Allah bless u more n more dear :)
there.. a lot of muhasabah for this Ramadhan!! :)
Thursday, July 18, 2013
Roti Lapis Daging Cincang - Resipi Mama
Bahan-bahan Utama :
- Roti (ikutkan suka nak berapa)
- Daging Burger (Daging Cincang pon boleh!)
- Black Pepper (Serbuk Seri Aji) *boleh je nak guna apa2 serbuk pun..asalkan black pepper*
- 200ml Fresh Milk
- 3 biji Telur
- 2 biji Bawang Putih
- 1 biji Bawang Besar
- Slice Cheese
- Cheese Cheddar
- Tomato
Cara-cara:
Untuk Roti
- Campur fresh milk 200ml dgn 3 biji telur. Sebatikan. *ikut berapa roti yang anda nak masak.Makin banyak roti makin banyak fresh milk dan telur diperlukan*
- Celup roti dengan campuran tersebut. *celup habis ye*
Untuk Daging Cincang
- Daging burger dipotong kecil-kecil. *supaya senang nak blend kan nanti*
- Hiris separuh bawang besar. *tak nak letak pun xpe*
- Blend sampai daging hancur seperti daging cincang.
- Panaskan kuali.
- Tumis bawang putih dan bawang besar. *Tngu sampai naik bau bawang"
- Masukkan daging. Sebatikan.
- Masukkan black pepper. Secukup rasa ye. *Jangan terlalu banyak. Jangan terlalu sikit. Sesuai dengan kuantiti daging*
- Masukkan garam secukup rasa.
- Sebatikan.
Kemudian.......
- Ratakan butter di atas loyang anda. *letak..nnt roti melekat dengan loyang tu*
- Susun roti yang sudah dicelup tadi di atas loyang.
- Letak daging yang sudah dimasak tadi atas roti.
- Letak slice cheese.
- Letak Tomato.
-Letak roti yang dicelup lagi,
- Kemudian parutkan cheese cheddar dia atas roti tersebut.
Then panaskan oven setinggi 180C. Bakar selama 30 minit.
SIAP!!
Tuesday, July 9, 2013
My Ramadhan CheckList (Simple Jak Bah)
Assalamualaikum wbt.....
Alhamdulillah.. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bersama-sama meraikan bulan yang penuh barakah ini..
Moga kita semua mendapat manfaat dari bulan ini..
Take all the oppurtunity to gain some pahala in this month full of barakah..
InsyaAllah..
Di sini saya share checklist untuk kegunaan kita semua pada bulan ini..
Salam Ramadhan 1434H :)
Wednesday, January 30, 2013
#SAHARA
Assalamualaikum wbt..
arini dalam sejarah..
heboh di Utube dan Facebook berkenan promo drama #SAHARA yang bakal ditayangkan tidak lama lg di Astro Prima..
check it out!!!!
so apa pandangan anda??
bg sy orang yg berniqab ni sgt menjaga..
menjaga hubungan dgn Allah.. dia xkan buat larangan ALLAH..
menjaga batas antara lelaki dan perempuan..
xdanya dia bg peluang kepada seorang LELAKI untuk menyentuhi dirinya walaupun berlapik..
HARAM tetap HARAM!!!
drama-drama seperti ini akan 'MENCUCI' fikiran mereka yg kurang pengetahuan agama di luar sna..
sekaligus memandang remeh terhadap golongan yg berniqab ini..
"sama sahaja golongan biasa dengan golongan niqab ini"
kesian la dgn adik2 yg baru sahaja ingin mengenal Islam itu sendiri.
pandangan mereka sdh dikotori oleh drama2 sebegini..
bukan nak kata ISLAM itu SUSAH..
SENANG jak sbnrnya..
kami suka melihat pengarah2 di Malaysia ini sbb berfikir untuk mencetuskan drama islamik di kaca tv kita...
tapi.....!!!
WAJIBLAH bertemu dengan mereka yang lebih berilmu
contohnya seperti USTAZ.. ULAMA'
jangan main sesedap jak buat skrip.. tanpa sedar ANDA telah mengHINA agama ISLAM itu sendiri..
tolong jangan menaburkan fitnah lg ke atas AGAMA yg SUCI ini!!!
cukup2 sdh dgn movie 7 petala cinta tu...!!!
bikin panas!!!!
jom layan Mr Bie plak..
jom layan Mr Bie plak..
may ALLAH bless u all!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)