Tuesday, November 3, 2009

Al-Quran is Everything..

Apabila berhadapan dengan golongan ateis, perkara utama yang mereka pertikaikan ialah kewujudan Tuhan. Mungkin bagi seorang Muslim yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup, sukar untuk berhujah dengan mereka. Tambahan pula ateis bukanlah golongan yang menerima hujah wahyu yang tidak dapat dilihat dengan mata dan akal mereka.

Namun berbeza dengan seorang ahli perubatan moden, Dr. Danial Zainal Abidin. Bagi Dr.Danial, tidak sukar untuk menjawab hujah2 golongan ateis yang mempertikaikan kewujudan Tuhan ini.

"Pertama sekali, saya ingin mengajak mereka melihat bumi yang mereka pijak dan langit yang dijunjung ini. Tidakkah mereka terfikir siapakah sebenarnya yang mencipta langit dan bumi ini? "Siapakah sebenarnya yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang mendiami bumi ini?"

Kami memberitahu Dr. Danial bahawa golongan ateis ini selalunya berhujah menggunakan teori-teori sains, misalnya teori Big Bang yang telah mewujudkan alam ini. Jadi, bagaimana kita mahu menjawabnya dengan hujah al-Quran? "Ya. Memang benar teori Big Bang menjelaskan tentang teori kewujudan alam. Namun kita harus ingat, Allah s.w.t. lebih dahulu menceritakan tentang kejadian alam ini di dalam al-Quran.

"Teori Big Bang ini mula diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915 manakala al-Quran telah diutuskan oleh Allah sejak 1,500 tahun dahulu.

"Kajian yang mereka buat menunjukkan langit dan bumi ini pada asalnya bercantum. Namun pada suatu ketika berlaku letupan yang kuat dan alam ini mengembang. Selepas itu, ia menyejuk sehinggalah akhirnya lahirlah bintang-bintang dan planet. Maka dengan itu terbentuklah bumi dan langit yang terpisah seperti hari ini."

Menurut kajian ini juga, apabila berlaku pengembangan pada suhu yang tinggi, maka selepas itu ia akan menyejuk pula. Keadaan ini memungkinkan lahirnya proton dan neutron yang seterusnya membentuk nukleus.

"Kemudian nukeus ini bercantum dengan elektron dan seterusnya lahirlah atom hidrogen dan helium. setelah berlalunya peristiwa Big Bang itu, maka gas2 hidrogen dan helium ini bercantum lalu melahirkan gumpalan2 asap. Gumpalan asap inilah yang selepas melalui pelbagai proses selama berbilion-bilion tahun, telah melahirkan bintang, galaksi, planet serta bumi.

"Jadi jika kita lihat sepintas lalu, proses ini mengukuhkan lagi teori Big Bang yang menyatakan bahawa alam ini pada asalnya bercantum, kemudian ia dipisah-pisahkan dan juga mengesahkan teori yang mengatakan kejadian langit dan bumi daripada asap.

"Namun kita harus sedar, penemuan saintis dalam membuktikan kebenaran teori Big Bang ini sekali gus membenarkan pernyataan Allah dalam al-Quran. Kalau kita lihat surah al-Anbhiya' ayat 30. Allah ada menyebut;

"Adakah orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi ini kedua-duanya dahulu suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

"Seorang sahabat Rasulullah bernama Said bin Jubair mentafsirkan ayat ini menerangkan bahawa suatu ketika dulu langit dan bumi ini bercantum. Apabila langit diangkat oleh Allah maka terzahirlah bumi dan seterusnya berlakulah pemisahan."

Begitu juga tentang kejadian alam daripada asap. Dalam surah Fussilat, ayat 11 Allah berfirman: Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Kedua-duanya menjawab, 'kami datang dengan tunduk (patuh)'."

Kedua2 ayat Allah ini, kata Dr. Danial, bukan ashaja menceritakan terlebih dahulu tentang alam yang berasal daripada asap, malah ia sekali gus menolak hujah yang mengatakan kejadian langit dan bumi itu berkonsepkan kebetulan dan kemungkinan.

Ini kerana di dalam ayat ini menjelaskan kedatangan langit dan bumi itu berasaskan kepada kepatuhan mereka hasil perencanaan Allah s.w.t. Ini menunjukkan kejadian ini teratur dan sistematik. Sudah tentu ada pihak yang mengaturnya iaitu Allah s.w.t.

Kami menyebut kepada Dr. Danial, mungkin kesamaan ini belum mampu menjawab hujah golongan ateis ini yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

Begini jawapan Dr. Danial: "Kita kena faham, al-Quran yang kita rujuk itu telah diutuskan oleh Allah sejak 1,500 tahun yang lalu. Sedangkan teori Big Bang baru muncul pada tahun 1915, tidak sampai seratus tahun yang lalu.

"Teori ini bukan sesuatu yang perlu diimani, tetapi ia telah membuktikan kebenaran al-Quran yang disebut 1,500 tahun dahulu lagi."

Malah perkara ini diakui sendiri oleh Profesor Yoshihide Kozai dari Universiti Tokyo yang juga merupakan pengarah National Astronomical Observatory.

Apabila Profesor Yoshihide mengkaji ayat2 al-Quran tentang peristiwa kejadian alam dan membandingkan dengan teori2 sains yang ditemui, kuasa peringakt tertinggi yang melihat kejadian alam ini.

Beliau juga menyatakan kekaguman dengan al-Quran dan menyatakan bersedia untuk menjadikan al-Quran sebagai bahan kajian bagi menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan masyarakat.

Malah Profesor Alfred Kroner, pakar geologi dari Johannes Gutenberg University, German juga mengakui kebenaran al-Quran. Terima kasih atas penerangan Dr. Danial. Namun satu persoalan lagi yang kerap dimainkan oleh golongan ateis ialah, kenapa Islam mewajibkan penganutnya beribadah seperti solah dan puasa? Tidakkah itu satu bentuk paksaan dan mendatangkan keburukan?

Kalau benar Islam berjaya membuktikan kebenaran sains melalui al-Quran, kenapa mereka disibukkan dengan ibadah sahaja? Persoalan ini juga selalu mereka mainkan dan dijadikan alasan mengapa mereka tidak mahu beragama.

Mudah sahaja jawapan Dr. Danial. "Solah yang dilakukan umat Islam juga ada manfaatnya daripada segi sains kesihatan. Walaupun mereka mungkin melihat tunduk bangun sahaja dalam solat, tetapi mereka harus tahu dnegan cara itulah akan menyebabkan otak manusia yang bersembahyang menjadi cerdas.

"Saya mengesyorkan golongan ini membaca buku The Brain Book karya Peter Russell yang menceritakan bahawa otak manusia akan beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat sekiranya kepala mereka berada di bawah.

Malah kata Dr. Danial, pakar otak dari Barat bernama Win wenger sendiri mengakui dalam bukunya How to Increase Your Intelligence bahawa aktiviti membalikkan badan dari atas ke bawah akan meningkatkan kadar oksigen di otak sekali gus ia akan menyebabkan manusia tersebut sihat dan cerdas pemikirannya.

"Sebenarnya banyak lagi bukti2 kewujudan Allah yang akan ditemui apabila kita mengkaji al-Quran dan membandingkan dengan penemuan2 sains," terang Dr. Danial yang mencatatkan kajiannya mengenai perkara tersebut di dalam beberapa buah buku yang kini sedang laris di pasaran.

Sumber:www.iluvislam.com.my

No comments:

Post a Comment