Tuesday, December 27, 2011
Pakaian Syurga
Tuesday, December 20, 2011
.:: Terima Kasih Shbt ::.
Friday, November 11, 2011
I Need A Planner!!
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 9, 2011
.:: Heal My Heart Ya Allah ::.
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Ya Allah..aku berasa sungguh malu dgn adanya hati ini..
Friday, September 30, 2011
.:: MencariNya ::.
Sunday, August 14, 2011
.:: Wahai Daie..Jgn Lemah ::.
Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..
Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda rasul S.A.W mafhumnya :
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
Thursday, August 11, 2011
.:: SAHABAT ::.
Thursday, July 28, 2011
.:: Merindui Kalian ::.
Tuesday, July 26, 2011
.:: Alasan Wanita Yg ENGGAN Menutup Aurat ::.,
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Sunday, July 17, 2011
.:: Salam Nisfu Syaaban ::.
Thursday, July 14, 2011
.:: PLKN ::.
Tuesday, July 12, 2011
.:: Rahsia Solat ::.
1 - Niat Sembahyang : Memelihara taubat kita di dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, meluaskan tempat kita berdiri di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
p/s : 13 rukun solat juga adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13thGhost"
Kalo kita lihat sebenarnya solat inilah yg akan menjaga kita tika di kubur kelak..menjaga kita ketika disoal ketika di Padang Mahsyar..kerana mereka inilah saksi amal ibadah kita..
kenapa masih ada yg tidak menunaikan solat sdngkan nikmat yg Allah berikan sudah cukup..?
kenapa masih ada yg tidak menunaikan solat sdngkan umur sudah lanjut..?
kenapa masih ada yg tidak menunaikan solat sdngkan dia tahu Allah..?
kenapa masih ada yg tidak menunaikan sdngkan dia tau ada SYURGA dan NERAKA..?
Nikmat Allah yg mana yg kamu dustai..??
sungguh, ramai pemuda yg lupa sebenarnya masa muda inilah sesuai tuk melakukan ibadah..berjuang di jln Allah..
bersama2 kita berdoa agar Umat Islam seluruh dunia sedar kembali..
may Allah bless :)
credits to : kak najwa..
Sunday, July 10, 2011
.:: BERSIH? ::.
org ckp dya ne anti-Islam..
Thursday, July 7, 2011
.:: Israk Mikraj ::.
Ustaz Imran Hosein..:)
Subuh..Zohor..Asar..Maghrib dan Isyak..