Followers

Monday, November 9, 2015

Diet Atkins


Agak tidak percaya sebenarnya apabila aku mengambil keputusan untuk memulakan Diet Atkins. Dulu tiap kali dengar pasal diet ni, hati berdetik "Aku takkan diet." I am a food lover. Jika ada sahaja makanan yang dilihat sedap dan menyelerakan, duit dalam simpanan tidak segan silu untuk keluar. Namun, ntah kenapa hati ini terdetik ingin berdiet. Mungkin sbb baju yang dipakai minggu lalu dipakai lagi terasa sempit. Hahaha. Itu mungkin salah satu pemangkin. Dan apabila aku menyuarakan hasrat ni group family terus Mama sokong.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-9 aku berjaya melaksanakan diet ini. Actually kalau dikira hari ke-11 tapi atas sebab ingat kicap dan sos tu boleh dimakan untuk diet, jadi ndala clean diet aku laksanakan. Dan Alhamdulillah, I can feel the difference now. Hahaha. Ah! Belum tiba masanya untuk berpuas hati. Selagi tidak capai target selagi itu kena teruskan. First target adalah untuk turunkan berat sebanyak 15kg. Target selama 1 bulan jo. Mampukah?

"Usaha Tangga Kejayaan"

Bila ada keinginan, perlu ada usaha. Kalau mau kurus, kenalah berusaha menahan diri mengawal hawa nafsu. 

Ya. Aku boleh rasa berkurang. Baju dipakai dah longgar2 sikit. 

Tapi aku xkan berhenti smpi orang cakap "Eh kurus sudah kau." 

Hahaha. Semogalah berjaya kan.

Doakan aku.